in

PlayStation 4: System Software 3.50 Keluar Esok, Banyak Feature Ditunggu-Tunggu Akan Tiba

Update besar System Software 3.50 untuk PS4 (codename: MUSASHI) akan dikeluarkan pada hari esok!

Dalam satu post yang dikeluarkan di PlayStation Blog, banyak features yang ditunggu-tunggu para pemain PS4 selama ini akhirnya akan diberikan dalam update terbaru ini. Berikut adalah senarai pembaharuan yang bakal tiba:

1. Appear Offline

26176200035_058f7eb0c4_z

Anda kini boleh memilih untuk “Appear Offline” sekiranya anda tidak mahu diganggu rakan-rakan lain yang sering menghantar invitations semasa anda sedang bermain story mode ataupun sedang menonton filem/siri TV.

2. Rakan-Rakan Online Notification

25571429304_73ff2f6294_z

Seperti yang terdapat di PS3, anda boleh diberikan notification jika rakan-rakan anda telah online (selepas memilih “Notify When Online”).

3. Event

25573553513_4b2560b811_z

Kini, anda boleh mencipta Event berjadual yang mana semasa tiba pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, rakan-rakan yang telah mendapat invitation tersebut akan masuk ke dalam Party Chat secara automatik.

4. Play Together

Feature ini membenarkan anda untuk melihat game apakah rakan anda sedang main yang berada dalam Party yang sama. Melalui ini, ia akan memudahkan kalian untuk menyertai atau memulakan sesebuah game yang baru.

5. Remote Play Untuk PC & Mac

26109851411_bc9a0cdc32_z

Melalui update ini, PS4 akan berupaya untuk melakukan Remote Play di PC dan Mac. Segala maklumat lanjut mengenai feature terbaru ini anda boleh dapatkan di sini.

JomBaca: PS4 Versi Baharu Dilaporkan Bakal Keluar Sebelum Oktober Tahun Ini!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengakhiran Uncharted 4 Akan Membuat Pemain Berbelah Bahagi & Bertengkar

God of War 4: Dari Mitos Greek Ke Mitos Norse!