Adakah anda salah seorang daripada 60 juta pengguna lain yang jatuh cinta kepada PlayStation 4?

Setakat ini, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan bahawa PS4 telah berjaya sampai ke pencapaian baru iaitu lebih daripada 60.4 juta unit PS4 terjual kepada pengguna seluruh dunia setakat 11 Jun 2017.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Sony berkata peningkatan jualan PS4 daripada 50 juta unit pada tahun lepas semakin baik juga, menjana lebih banyak interaktiviti bagi seluruh landskap penglibatan pengguna ekosistem PlayStation. Berikut adalah fakta pertumbuhan positif bagi PlayStation pada akhir bulan Mac:

  • PlayStation mempunyai 70 juta pengguna aktif di PlayStation Network bagi PS4, PS3 dan PlayStation Vita.
  • PlayStation Plus kini ada 26.4 juta pelanggan berbayar.
  • Pengguna PS4 menghabiskan masa sebanyak 600 juta jam di PS4 pada setiap minggu.

Untuk jualan game PS4 pula, Horizon: Zero Dawn berjaya mendominasi sebagai game PS4 paling banyak terjual antara game-game lain iaitu sebanyak 3.4 juta unit terjual setakat pada 30 April 2017. Selain itu, sebanyak 487.8 juta game terjual bagi PlayStation 4 di seluruh dunia sama ada dalam bentuk fizikal ataupun melalui muat turun digital di PlayStation Store sehingga ke 11 Jun 2017.

Panahan cinta kepada gamers yang memiliki game ini

CEO Sony Interactive Entertainment, Andrew House berkata, “Kami sangat bersyukur atas sokongan peminat dan rakan kongsi kami di seluruh dunia yang masih lagi menyokong PS4. Platform PS4 sudah berada di puncaknya bersama barisan game ekslusif terbaik dalam industri yang bakal keluar tahun ini dan mengambil segala kelebihan kuasa penuh sistem PS4.”

“Kami juga berkomited untuk meluaskan lebih keseluruhan ekosistem PS4 dengan memperluaskan isi portfolio PlayStation VR serta meningkatkan servis rangkaian kami dengan barisan perisian inovatif. Kami akan terus memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada pengguna kami seluruh dunia dan menjadikan PS4 adalah tempat paling terbaik untuk bermain.”

Dengan pencapaian jualan PS4 membanggakan serta CEO Sony bertekad untuk menambah portfolio game PS4, persidangan Sony di E3 baru-baru ini membuktikan komitmen mereka terhadap PlayStation 4 dengan membariskan game-game eksklusif bersama game VR yang memukau jiwa raga semua gamers seluruh dunia termasuk kami!

JomKomen!