Nampaknya Sony dalam diam telah memberi developer game akses untuk menggunakan lebih kuasa pemprosesan PS4. Trivia! Tahukah korang yang CPU PS4 dibuat di Malaysia?
Melalui software development kit (SDK) yang dikeluarkan oleh Sony, mereka telah memberi akses kepada developer untuk menggunakan CPU core yang tidak boleh digunakan sebelum ini.
Melalui update ini, CPU core yang ke-6 telah diunlock untuk kuasa memproses PS4. Harus diingat bahawa PS4 sebenarnya mempunyai 8 CPU core berdasarkan arkitektur Jaguar yang dikeluarkan oleh AMD.
Adakah ini persiapan Sony untuk menunjukkan kuasa sebenar pemprosesan PS4 melalui Uncharted 4 tahun depan? Barangkali ya, kita hanya mampu tunggu dan lihat.
JomBaca: Remote Play PS4 kini di PC!
Comments
Loading…