in , , ,

PlayStation 4.5: Diberi Nama Kod Sebagai NEO, Mempunyai Pelbagai Naik Taraf

Dikhabarkan dari laman web Giant Bomb, PS4.5 bakal menerima pelbagai naik taraf dari segi CPU, GPU dan juga RAM.

The_Matrix_584
Kaz, bagitau la. Betul ke ni? Jangan la mainkan hati dan perasaan saya. Tak suka tau main-main camni.

NEO dikatakan bakal memberi pemain kelebihan dalam fideliti visual yang lebih tinggi daripada PlayStation 4. Namun begitu, pemain antara dua sistem ini akan berinteraksi dalam satu enviroment yang sama bagi mengelakkan pemecahan user base.

Berikut adalah perbandingan antara PlayStation NEO dan PlayStation 4.

PlayStation NEOPlayStation 4
CPU8 Jaguar Cores pada 2.1 GHz8 Jaguar Cores pada 1.6 GHz
GPUAMD GCN, 36 CUs pada 911 MHzAMD GCN, 18 CUs pada 800 MHz
RAM8 GB GDDR5, 218 GB/s8 GB GDDR5, 176 GB/s
kaz-hirai
Korang tunggu la ye, mana boleh cerita lagi kata Kaz Hirai selaku Presiden Sony.

Menurut Giant Bomb lagi, mulai Oktober ini semua games untuk PlayStation 4 perlu mencapai piawaian bagi PlayStation 4 dan juga PlayStation NEO. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa PlayStation NEO akan berada di pasaran pada Oktober ini.

Kemungkinan besar Sony ingin memastikan koleksi game yang cukup banyak apabila PlayStation NEO ini dilancarkan kelak.

Written by Zack Salleh

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch: Bertabahlah Gamer, Open Beta Semakin Menghampiri!

For Honor: Banyak Maklumat Baru Akan Didedahkan Di E3 & Gamescom 2016!