Dalam review Red Dead Redemption 2, penulis mengatakan, “Sinematografi dan lagu dalam RDR2 adalah umpama isi dan kuku yang membuatkan game ini menyampaikan sebuah jalan cerita yang mampu membuat kita meremang, menggigil dan seterusnya menitiskan air mata.”

Terkini, Rockstar telah melancarkan playlist yang mengumpulkan lagu-lagu penuh syahdu yang dimainkan dalam Red Dead Redemption 2. Playlist ini boleh didengar di Spotify, Apple Music dan beberapa platform penstriman muzik lain.

Playlist yang dilancarkan ini ialah ‘Original Soundtrack’ (gubahan asal lagu tersebut), manakala menurut kenyataan yang dikeluarkan Rockstar, playlist untuk ‘Original Score’ (gubahan untuk ditampilkan dalam game) akan dilancarkan kemudian, juga pada tahun ini.

Red Dead Redemption 2 kini boleh dimainkan di PS4 dan Xbox One.

JomKomen!