Brendan Greene dan pasukannya di Bluehole Studio sedang berusaha untuk memerah keluar dengan sebanyak mungkin kuasa yang ada pada Xbox One X.

Pada bulan Julai yang lalu, apabila diberitahu bahawa PlayerUnknown’s Battlegrounds akan hadir ke Xbox One, mereka mengatakan bahawa game itu sudah digerakkan pada 30-40FPS pada Xbox One X malah juga mengatakan yang ia mampu menyokong sepenuhnya server yang dipopulasi oleh 100 orang.

Sekarang, Greene telah berkata bahawa pasukannya akan meningkatkan FPS ke 60FPS pada versi Xbox One X. Dan mereka juga akan mensasarkannya pada Xbox One, walaupun ianya agak mustahil.

“Semestinya di Xbox One X, 60FPS. Untuk Xbox One, kami tidak pasti. Kami mungkin perlu menghadkannya pada 30FPS, mungkin, tapi kali terakhir kami melihatnya, ia bergerak pada takat 30 ke 40FPS. Kami sentiasa meningkatkannya, untuk mensasarkan 60FPS.”

Sementara Greene pasti yang ia boleh dilakukan, beliau juga mengakui bahawa frame rate tidak begitu penting untuk game ini seperti yang dilakukan oleh game menembak yang lain. “Tidak seperti game menembak yang lebih laju, frame rate tidak begitu penting.”

PUBG akan hadir ke Xbox One pada 12 Disember dan ia akan dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan digital. Memandangkan game ini berada dalam Game Preview Program, ia akan diubah dan juga dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

JomBaca: Tencent Mengumumkan Versi Mobile PlayerUnknown’s Battlegrounds Akan Hadir Ke China

JomKomen!