Versi Game Preview untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds yang mana telah dilancarkan semalam telah menghadapi sedikit masalah.
PUBG telah ditetapkan akan dilancarkan untuk Xbox One selaras bersama dengan versi PC sekarang. Namun ia tidak mencapai tahap yang dijangkakan oleh pemain. Beberapa penambahan yang ditambah dalam versi PC (sebagai contoh, vaulting) nampaknya telah hilang dalam versi Xbox One.
Apa yang lebih memeritkan adalah isu prestasi. Pada minggu lepas, kita sudah diberitahu bahawa PUBG akan ditekankan pada tahap 30fps untuk Xbox One, tapi nampaknya ia tidak berjaya untuk capai ke tahap tersebut, paling tidak semasa di hari pelancarannya. Terdapat banyak masalah besar dari segi kualiti tekstur juga.
Digital Foundry telah dapat bermain game itu dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Begitu juga dengan Eurogamer seperti yang dipaparkan dalam video di bawah:
Pada satu masa, game itu kelihatan “amat mengerikan” pada pembukaan lobi dan semasa kapal terbang menjatuhkan pemain pada awal permainan. Dan kualiti game itu jatuh sehingga 20fps pada beberapa bahagian. Semasa perlawanan diteruskan, barulah ia kelihatan agak baik. Walaupun Xbox One X mempunyai frame rate yang lebih konsisten, nampaknya Xbox One versi itu juga hanya mampu mencapai 30fps. Ianya agak “berlainan secara dramatik.”
Terdapat juga masalah lag dan ini menyebabkan ia agak susah untuk bermain. Malah, kawalan untuk controller Xbox One agak susah untuk digunakan terutamanya pada butang-butang yang berfungsi sebagai lebih dari satu fungsi sama ada ditekan atau ditekan lama (hold).
PlayerUnknown’s Battlegrounds tidak mempunyai tarikh keluaran tetap untuk versi 1.0 pada Xbox One tapi kami harapkan yang ianya akan kekal dalam Game Preview buat sementara waktu agar ia boleh diperbaiki dengan sepatutnya terlebih dahulu sebelum dilancarkan sepenuhnya.
Comments
Loading…