in ,

PlayerUnknown’s Battleground Pecah Rekod Lagi! Kini Telah Mencapai 3 Juta Pemain Serentak Di Steam

PlayerUnknown’s Battleground telah menjadi salah satu game shooter yang paling popular pada tahun ini dan hari ini ia telah memecahkan satu lagi rekod.

https://twitter.com/PLAYERUNKNOWN/status/946790596936581120?s=17

Pada pagi ini, statistik rasmi di laman Steam mendedahkan bahawa PUBG telah melepasi tiga juta pengguna online serentak di PC dengan jumlah seramai 3,106,358 pengguna. Berjaya memotong Dota 2 yang berada di tangga kedua dengan jumlah pengguna seramai dua juta. Pada bulan september lalu, PUBG telah mencapai seramai sejuta pemain dan pada bulan Oktober seramai dua juta pemain.

Semalam, PUBG Corp. telah mengeluarkan kemaskini pertamanya sejak ia meninggalkan Early Access. Kemaskini tersebut membetulkan beberapa masalah berkaitan lag dan juga memperkenalkan Killcam dan 3D Replay.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Menyenaraikan 10 Trailer Paling Banyak Dipertontonkan, Horizon Zero Dawn Mengungguli Senarai

Fortnite Sedang Baiki Isu Inventori Dan V-Buck, Epic Jelaskan Bagaimana Mereka Akan Beri Pampasan