Genre battle royale ada di mana-mana sekarang. Dari Battlefield, Call of Duty, sehinggalah ke Tetris. Semuanya mahu mengeluarkan versi mereka sendiri untuk genre yang sangat popular ini.

Walau bagaimanapun, individu yang mempopularkan genre ini, bapa PUBG dan H1Z1, Brendan “PlayerUnknown” Greene “sudah cukup” dengan genre ini.

Baru-baru ini, Greene telah mengumumkan bahawa beliau sudah beralih ke satu projek baru di bawah divisi baru PUBG Corp., yang digelar PUBG Special Projects. Beliau kini telah meninggalkan pembangunan game PUBG di Seoul, Korea Selatan dan beralih ke Amsterdam, Belanda untuk “membangunkan satu divisi serba baru bagi memfokuskan kajian dan pembangunan game.”

Terbaru, dalam satu temubual bersama GamesIndustry.biz, Greene mendedahkan yang beliau sudah menamatkan “jodohnya” dengan genre battle royale. “Konsep last man standing adalah hebat, tapi saya sudah cukup melakukannya,” kata Greene. “Saya tiada niat untuk mencipta PUBG 2, saya dah habis dengan battle royale, masa untuk mencuba sesuatu yang lain.”

“Saya fikir saya telah menyediakan orang lain cara yang baik untuk membunuh satu sama lain, tapi saya ingin meninjau sesuatu yang lain,” tambah beliau.

Jadi, apa agaknya yang beliau sedang bangunkan di bawah projek rahsia PUBG Corp. itu? Beliau sudah cukup dengan “genre battle royale” dan “bunuh-membunuh”. Game bagaimana yang berada dalam fikirannya kini?

JomKomen!