Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Apabila PlayStation 5 diperlihatkan buat kali pertama, para peminat berbelah bahagi apabila melihat tema konsol itu yang berwarna putih. Ada yang sukakannya kerana bersifat futuristik, ada juga yang kurang gemar kerana warna putih yang cepat kelihatan kotor.

Walau bagaimanapun, daripada beberapa gambar baharu yang tertiris, para pemain kemungkinan dapat mengubahsuai dengan mudah plat sisi berwarna putih itu. Kita dapat lihat bagaimana plat itu kelihatan seperti boleh dicabut dan kemudiannya diganti dengan plat yang lain.

Sekiranya gambar-gambar ini adalah sahih, PS5 nampaknya bakal memberikan para pemain lebih kebebasan untuk mengubahsuai konsol tersebut mengikut citarasa masing-masing. Pastinya, akan muncul plat-plat yang dibikin oleh pihak ketiga yang menampilkan variasi rekaan, warna dan mungkin visual-visual menarik di atas permukaan plat itu.

Seperti biasa, selagi ia belum disahkan secara rasmi, maka janganlah terlalu meletakkan harapan tinggi. Keberangkalian untuk gambar-gambar ini adalah palsu masih ada.

Dalam satu temubual sebelum ini, Sony mendedahkan yang mereka akan bercakap tentang warna-warna lain PS5 pada suatu masa nanti. Mungkinkah ini “warna” yang dimaksudkannya?

JomKomen!