Screenshot (280)

PopCap Games menambah sesuatu yang baru pada permainan ini. Dan berita baik untuk semua – ianya FREE!

Screenshot (281)

Penulis dapat info tentang update versi 1.02 bagi permainan video kiut miut Plants vs Zombies: Garden Warfare 2. Update ini dihasil berdasarkan feedback dari kipas-susah-mati siri permainan video ini. Dari Rose yang dikira ter-amat OP, sehinggalah pepijat dan glitches yang terdapat dalam sebelum ini – semuanya tersenarai di bawah! Jom tengok apa penambahbaikan yang dilakukan.

Screenshot (279)

Ini adalah carta penambahan benda yang akan bawa masuk dalam update 1.02 ini:

+ Ada satu map baru “Aqua Center” dalam mode co-op dan Team Vanquish.

+ Versi malam map “Great White North” dalam mode Turf Takeover.

+ Ada misi Hide n’ Find pada Backyard Battleground.

+ Ada misi Bot & Pot pada Backyard Battleground.

+ Ada karakter variant yang unik dalam HUD Group.

+ World Options sekarang menunjukkan semua kawan-kawan yang main PvZ:GW2, bukan dengan orang yang join sahaja.

+ Ada options untuk menukarkan control layout ke ‘Classic Mode’ untuk PlayStation 4, iaitu dengan menukar butang Aim / Shoot dari L2 / R2 ke L1 / R1. Ini adalah bonus kepada Playstation Purists dimana setup ini adalah kegemaran bagi diorang. YA, termasuk penulis (WUUHUU!!!!).

+ Ada setting slider ‘Aim Sensitivity’ yang memberi opsyen kepada pemain untuk mengawal kelajuan gerakan aiming semasa ‘aiming’. Untuk PC, seksyen ini dipecahkan kepada dua iaitu mouse dan gamepad sensitiviti.

+ Ada setting untuk menukarkan mode aim dari ‘Hold’ to ‘Toggle’.

+ Ada option untuk ‘kick’ player dalam in-game scoreboard (selepas habis match). Ini boleh dilakukan jika anda adalah ‘host’ lobby tersebut.

+ Ada option untuk menukarkan ‘Difficulty’ dalam sesetengah mode.

+ Permainan sekarang men-set-kan setting default kepada ‘common chat’ dalam Private Matches.

+ Pemain boleh melihat ‘scoreboard’ apabila anda sudah ditewaskan oleh musuh.

imp

Benda yang kritikal sudah pun dibetulkan dalam update baru ini. Ia adalah:

+ Mengurangkan masa untuk menunggu ke permainan seterusnya.

+ Imp sekarang mendapat EXP yang sekata apabila dalam mod ‘Mech Suit’.

+ Pemain sekarang boleh melihat Battle Background customization dan papan stats pemain lain apabila pemain melawat Backyard diorang.

+ Bunyi serangan utama Garlic Drone diperbaikkan.

+ Setting HUD kepada ‘Light’ sekarang boleh ‘menyembunyi’ meter XP.

+ Hit detection diperbaikkan lagi, terutama sekali apabila karakter dalam animasi ‘flinching’.

+ Banyak lagi benda yang diperbaikkan lagi beserta membuang pepijat.

Dan saat yang dinanti-nantikan, ini la dia karakter tuning yang di rombak balik untuk hampir ke semua karakter yang ada dalam PvZGW2 ini.

+ Semua karakter menambahbaikkan ‘Regeneration Upgrade’.

+ Hit detection diperbaikkan lagi untuk kedua-dua pemain dan musuh untuk mengurangkan efek ‘flinching’.

Dan ini adalah senarai-senarai karakter tweaking:

rose

Rose, karakter yang paling popular dalam tweet kipas-susah-mati PvZ:GW2 ini.

– Dirombak balik, menjadikan ianya sebagai ‘Support’ class. Bukannya ‘Attack’ class sebelum ini.

– HP dikurangkan dari 125 ke 100 (bergantung kepada Variants, ada setengah lebih sikit, ada setengah direndahkan lagi).

– Mengurangkan efek ‘homing’ pada serangan utama dia, dan ianya tidak lagi berkesan pada jarak jauh. Bilangan ‘hits’ bergantung kepada jarak di tembak.

– Mengurangkan sedikit kelajuan serangan utama.

– Mengurangkan dengan drastik efek serangan ‘Time Snare’ kepada pemangsa.

+ Efek serangan ‘Goatify’ diubah. Dimana untuk menghapuskan efek Goatify kepada pemangsa tidak lagi ditentukan kepada berapa ‘damage’ yang kena pada pemangsa tersebut. Ini boleh memberikan perubahan corak pemain yang tidak sama macam dahulu kala.

– Variant Rose macam Api, Ais dan sebagainya akan mengurangkan kelajuan gerakan apabila melakukan ‘charged’ attack, membuatnya ianya lebih terdedah kepada serangan musuh.

citron

Citron, bebola oren ada sedikit hampeh. Ianya adalah:

– Mengurangkan ‘damage’ pada Citron Party Variants.

corn

Corn, penulis percaya karakter ini ramai orang pakai kerana ianya memang kool. Ada sedikit perubahan pada karakter ini, dan ianya adalah:

+ Menambahkan HP dari 125 ke 150 (bergantung kepada Variants, ada setengah lebih sikit, ada setengah direndahkan lagi). Ini menjadikan Corn lebih agresif dari sebelum ini dan ianya adalah ‘front line’ dalam pihak Plants.

– Variant Party Corn mengurangkan ‘damage’ pada serangan beliau.

Screenshot (284)

Chomper, pokok ngap-ngap ini yang teramat seronok dipakai tetapi ianya adalah jenis high risk high reward punya karakter. Ada sedikit rombakan pada pokok ngap-ngap ini. Ianya adalah:

+ Mengurangkan masa ‘digestion’ apabila dia men-NGAP benda macam Turret dan Jackhammer dari kelas Engineer dari pihak Zombies.

+ Ability ‘regenerative’ disamakan seperti karakter lain.

+ Ada satu Variants yang disalah tafsir, Chomp Things sudah dibetulkan, dimana abiliti itu memberi Chomper tersebut menambahkan HP yang hilang lebih cepat dari sebelum ini apabila men-NGAP mangsa.

+ Rainbow Chomper Variants mengurangkan masa untuk menggunakan abiliti ‘Rainbow Warp’

– Abiliti Goop menambahkan masa untuk menggunakan abiliti tersebut. Menjadikan pemain tidak boleh men-spam skill tersebut macam sebelum ini.

Screenshot (282)

Kaktus, pokok berduri yang teramat bahaya dari jarah jauh ini ada sedikit pertukaran. Sikit je, iaitu:

– Variants Zen Kaktus mengurangkan ‘damage’ serangan utama dan menambahkan masa untuk ‘reload’ senjata beliau.

imp

Imp, zombi kerdil yang ada abiliti untuk memanggil robot untuk menghancurkan semua pemain lain, ada sedikit penambaikkan. Ianya adalah:

+ ‘Damage’ serangan utama dia membuat sedikit ganaz.

+ HP ditambah dari 50 ke 75 (bergantung kepada Variants, ada setengah lebih sikit, ada setengah direndahkan lagi).

– Membetulkan pepijat dimana Imp sekarang tidak lagi ‘kebal’ apabila memanggil robot. Ianya menjadi ‘kebal’ apabila ada ‘cahaya’ keluar masa memanggil robot keluar.

– Variant Party Imp mengurangkan ‘damage’ serangan utama.

rider

Super Brains, zombi yang suka bermain secara face-to-face membuatkan ianya lagi SUPER. Antaranya ialah:

+ Serangan Super Ultra Ball dan Super Multi Ball mengurangkan masa untuk mengaktifkan serangan. Menjadikan ianya lebih SUPER dalam menghadapi situasi.

+ / – Kelajuan serangan Turbo Twister dilajukan lagi, tetapi pertahanan apabila membuat serangan tersebut dikurangkan.

+ Dalam Toxic Brainz Variant, Meter ‘legendary’ dalam efek ‘decay’ sudah dibuang. Menjadikan Variant ini lagi berguna.

– Variant Party Brainz mengurangkan ‘damage’ serangan.

cap

Captain Deadbeard, kelas pihak Zombi taraf Pirate ada sedikit perubahan, ARRRR. Ianya adalah:

+ Menambahkan ‘damage’ dalam mod sniper dan juga mod shotgun.

+ Kelajuan gerakan karakter semasa dalam ‘barrel mode’ di tambah.

– Variant Captain Partyman mengurangkan ‘damage’ serangan.

Ada pembaca-pembaca di sini masih belum membeli lagi permainan video ini? Anda sudah membaca review yang mengancam dari pihak kami ke belum?

JomBaca: Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 Reviu

 

Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 sudah keluar di pelantar Playstation 4, Xbox ONE dan PC via Origins.

JomKomen!