in , , , ,

Plants vs Zombies: Garden Warfare 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Plants vs Zombies GW2_20160223160249

Adakah Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 (PvZ:GW2) ini epik seperti yang dijanjikan oleh penulis sejak sebulan yang lalu ataupun ianya indah khabar dari rupa? Boleh Beli or Boleh Blah!? Jom terjah reviu dari penulis ini.

Plants vs Zombies GW2_20160227002525

YA, seperti yang dijanjikan penulis ini dia reviu permainan video kiut miut, PvZ:GW2! Apa yang best? Apa yang hampeh? Jom penulis bentangkan semuanya!

Benda Tak Best Yang Pertama!

Seperti biasa, penulis selalu mencari kelemahan atau benda yang hampeh pada setiap permainan video. Kenapa? Sebab penulis percaya tidak ada satu permainan video yang tidak ada cacat celanya. PvZ:GW2 juga tidak lari daripada isu-isu yang mencacatkan daripada Beta yang masih tidak diperbaiki dalam full game ini.

Sistem Party untuk bermain dengan kawan-kawan perlu diperbaiki lagi kerana pemain masih tidak dapat masuk Party bersama-sama untuk bermain secara co-op. Default setting dalam sistem Party adalah ‘Invite Only’ berbanding dengan ‘Friend Only’ membuatkan sistem ini leceh dan rumit. Pemain perlu mengubah setting ini di hub Backyards. Walaupun setting ini diubah, ianya masih memberi masalah untuk pemain ingin bermain secara Party.

Plants vs Zombies GW2_20160226004001

Ada Lagi Benda Hampeh Ke?

Ya, penulis menganggap isu berikutnya ini adalah masalah terbesar dalam PvZ:GW2! Elemen Single Player Campaign yang dibentangkan pada E3 2015 dahulu dimana pemain TIDAK memerlukan capaian internet untuk bermain mode Single Player telah dirombak! Pada minit terakhir, EA dan PopCap Games bercadang untuk pemain memerlukan internet untuk mengakses permainan ini!

Jika korang tidak ada talian internet tetap atau memakai internet berkuota, penulis cadangkan tidak perlulah bermain PvZ:GW2. Konsep ini sama sahaja dengan permainan video keluaran dari syarikat EA, Need For Speed 2015 – perlu ada internet untuk membuat semua aktiviti dalam permainan ini.

Plants vs Zombies GW2_20160223220559

Single Player Dia Best Tak Bro?

Bercerita tentang Single Player Campaign pula, pada mulanya penulis berasa seronok kerana benda ini tidak ada pada siri PvZ yang pertama. Tetapi sayangnya penulis tidak dapat apa yang diidamkan dalam mode Single Player ini.

Dalam Single Player Campaign ini, pemain akan bermain dalam bentuk ‘chapter’, dimana pemain akan menghayati setiap karakter dan misi yang diberi. Plot dan pembentukan karakter adalah bergantung kepada pilihan watak, Plants ataupun Zombies yang mempunyai gimik dan ciri masing-masing. Malangnya, walaupun penulis terhibur dengan lawak, kiut miut, seram, dan macam-macam lagi – misi yang diberikan dalam Single Player Campaign sebenarnya adalah diambil dari misi multiplayer yang diubahsuai untuk dimainkan secara solo.

Misi-misi yang diberi adalah seperti menjaga sesuatu tempat dalam masa yang diberikan, cari musuh tertentu, pergi kutip item X dan bawa item tersebut ke tempat Y. Malangnya, benda ini adalah hampir sama dengan apa yang dimainkan di arena Multiplayer dan tiada keunikan yang ada pada Campaign.

Penulis mengharapkan campaign yang lebih baik daripada ini, tapi apakan daya, mungkin sebab PopCap tidak cukup masa untuk membuat Campaign epik macam filem Disney Pixar ataupun letak sekadar untuk menjadikan permainan video ini nampak ‘complete’.

Plants vs Zombies GW2_20160224220222

PvZ Segar Dari Ladang!

Penulis nak bagitau awal-awal, kalau korang pernah bermain PvZ yang pertama, korang tak perlu cakap banyak – permainan ini adalah #wajibmain #GOTY2016confirmed. Bila je korang mula main PvZ:GW2 ini, korang tidak akan tengok lagi siri pertama dia, GUARANTEED, 120 persen. Lagi best, semua item, karakter dari PvZ boleh diimport masuk ke PvZ:GW2 ini! Kan bonus tuh bagi kipas-susah-mati PvZ!

Bagi korang yang baru nak main permainan ini memang sangat penulis galakkan. Bak kata omputeh, dont judge the book by it’s cover. Untuk pemain yang baru berjinak dengan siri ini, korang tidak perlu risau kerana korang masih boleh bertanding dengan veteran PvZ, kerana karakter dalam permainan ini semuanya begitu well balanced!

Plants vs Zombies GW2_20160226000213_1

Pembaharuan dan Pembaikan Yang Berterusan!

Benda-benda yang baik memang dinantikan para pemain. Apa benda yang diperbaikkan lagi tu? Well, dalam mode kompetitif multiplayer beserta single player yang lain, korang boleh bermain dengan kawan-kawan (sampai 4 orang dalam 1 party) dalam hampir semua mode yang ditawarkan dalam PvZ:GW2 ini. Ada Story Campaign untuk 2 pihak (Plants dan Zombies), Backyard Battlegrounds, Multiplayer, Garden / Graveyard Ops, Easter Egg, Crazy Target Practice dan ke semua ini boleh korang mainkan beramai-ramai dalam 1 Party.

Story Campaign seperti yang penulis sudah terangkan bukanlah point yang kuat dalam PvZ:GW2 ini. Multiplayer mempunyai Team Vanquish (ala-ala Team Deathmatch), Gnome (Salah seorang pemain akan membawa ‘bom’ untuk letupkan 3 ‘base’ pihak lawan dan cuba untuk bertahan ‘base’ dari pihak lawan), Vanquish Confirmed (ala-ala Kill Confirmed), dan paling penulis suka, Turf Takeover, dimana pemain akan bergerak dari point A ke point B dengan bermacam-macam halangan yang ada di antaranya.

Sudah bosan dengan Multiplayer? Korang boleh pergi ke Backyard Battleground untuk melihat status, tukar ‘settings’, ubahsuai karakter, bermain santai-santai dan lain-lain lagi. Masih bosan? Di Backyard Battleground juga ada Easter Egg, Crazy Practice, dan banyak lagi game modes yang membuat penulis berasa bermain permainan video ini sentiasa ‘fresh’.

Tengok, banyak kan mode yang ditawarkan oleh PvZ:GW2 ini ? Penulis sendiri pun sudah blur dengan apa yang patut nak buat, dengan tawaran yang teramat banyak ini!

Plants vs Zombies GW2_20160223175128_1

Apa Beza Campaign Dengan Battle Backyard Ini?

Ok. Dalam Campaign, pemain boleh bermain secara solo ataupun dengan Party. Untuk bermain Campaign ini, pemain perlu berjumpa dengan watak yang ada ‘mission’ di atas kepala diorang untuk memulakan misi. Misi tersebut bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh watak tersebut.

Battle Backyard ini pula adalah aktiviti santai-santai dimana pemain boleh membuat aktiviti yang terdapat pada Backyard ini. Contohnya mencari Easter Egg dan Crazy Practice. Disinilah pemain boleh mencari Easter Egg macam ‘gnome’, aktiviti ‘side quest’, dan macam-macam lagi sampai penulis letih nak tulis semua yang ada kat sini!Korang digalakkan untuk menjelajah sendiri Backyard ini untuk merasa lagi kenikmatan ‘ummmppphhhhh’!

Plants vs Zombies GW2_20160302023546_1

Apa Lagi Yang Best?

Ofkos la ada lagi, terutama sekali di bahagian Multiplayer ini. Seperti yang penulis ceritakan masa Beta hari itu, ada level dan map yang mempunyai gimik yang tersendiri yang bukan saja-saja je gimik dia.

Antara gimik yang ada adalah level dan map yang mempunyai graviti sifar dimana pengguna berasa ‘slow’ dan membuat korang lagi ringan, seperti lompat lagi tinggi, peluru datang lagi lambat! Ada juga gimik ribut pasir dimana penglihatan pemain menjadi terhad dimana ianya teramat susah untuk pemain mencari musuh (tetapi boleh digunakan sebagai ‘surprise attack’), dan gimik portal, dimana pemain akan memasuki level dan map secara rawak, dengan gimik-gimik yang ada pada level tersebut.

Macam ini, Battlefield dengan Call of Duty pun kalah kan? HA HA HA tapi apa pun ini la uniknya Plants vs Zombie Garden Warfare 2 ini yang jarang ada pada permainan video yang lain.

Plants vs Zombies GW2_20160302022036
Contoh portal yang terdapat dalam satu level multiplayer dimana pemain bleh memasuki pelbagai level dan gimik yang terdapat pada portal tersebut
Plants vs Zombies GW2_20160302024556_1
contol level graviti sifar dimana pemain boleh melompat lagi tinggi, peluru menjadi lagi lambat dan gerakan karakter menjadi lagi lambat dari sebelum ini
Plants vs Zombies GW2_20160228162218_1
contoh ribut pasir dalam satu level dimana pandangan pemain menjadi terhad, dan ini jugak boleh membuat ‘surprise attack’

Plants vs Zombies GW2_20160228165053

Plants vs Zombies GW2_20160302023546_1

Sudahnya, Bagaimana Peperangan Laman Ini Akan Berakhir?

BOLEH BLAH!

Kepada pemain-pemain dari Battlefield, Call of Duty dan seumpamanya, jika korang menganggap permainan ini sebagai game shooter pengganti, penulis cadangkan untuk tidak membeli PvZ:GW2 ini kerana corak permainannya memang berlainan dari permainan video korang. Ia juga tidak sesuai untuk shooter fans yang tidak boleh pergi dengan benda-benda kiut-miut ini.

BOLEH BELI!

Sebagai penutup, Plants vs Zombie Garden Warfare 2 menambahbaik francais game yang sememangnya terbaik disertakan dengan tambahan benda-benda baru. Ia juga sesuai untuk pemain yang baru nak biasakan diri dengan siri ini.

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

 
Korang menganggap game ini adalah pengganti permainan video macam Battlefield, Call of Duty dan lain-lain.
Tidak boleh melayan benda kiut-miut dalam permainan video korang.
Tiada capaian internet tetap atau menggunakan internet berkuota.
Bermain secara solo, sebab korang digalakkan untuk bermain game ini bersama kawan-kawan kerana design permainan video ini.

+ Veteran/otai dari siri pertama. Musti Beli. #GOTY2016Confirmed!
+ Sesiapa sahaja yang ingin cuba bermain permainan video bergenre shooter kerana game ini sangatlah accessible kepada yang baru berjinak dengan genre shooter.
+ Suka benda kiut miut.
+ Bermain dengan kawan-kawan.
+ Suka banyak benda nak dibuat, menjelajah apa yang ada dalam permainan video ini.

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted 4 Multiplayer Open Beta: 5 Fakta Korang Wajib Tahu!

No Man’s Sky: Release Date Dah Keluar! Sekali Dengan Collector’s Edition Tu!