in , ,

Plants vs Zombies: Edisi GOTY Kini Percuma Di Origins, Lindungi Kebun Korang Dari Serangan Zombi

Zombi-zombi kini sedang mara untuk menyerang kebun korang! Persiapkan tentera-tentera tumbuhan korang!

Plants vs Zombies: Game of the Year Edition kini boleh korang dapatkan secara percuma di Origins. Mainkan game strategi ini, lindungi kebun-kebun korang daripada serangan zombi yang mengganas.

Sekiranya korang terkeliru, game percuma ini bukanlah game genre shooter itu (Plants vs Zombies: Garden Warfare), sebaliknya game asal francais Plants vs Zombies yang pertama kali diperkenalkan. Game ini pada tahun 2009 dulu merupakan satu game yang sangat popular, yang mana membuatkan kita semua jatuh cinta buat kali pertama dengan francais ini.

Kalau korang tak pernah mencuba game asal ini, ini adalah peluang yang terbaik kerana ia merupakan sebuah game tower defense yang sangat menghiburkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Akhirnya Karakter-Karakter Bagi Street Fighter 5 Season 3 Diumumkan – Spekulasi Sakura, Blanka dan Sagat Terjawab!

Gameplay God of War Akan Mengambil Masa 25-30 Jam Untuk Dihabiskan