Plants Vs. Zombies: Garden Warfare 2 adalah siri kedua kepada game shooter bertema kiut-miut ini. Jadi, apa pembaharuan yang ada jika dibandingkan dengan Garden Warfare 1 (PvZGW1) dulu?

PVZ GW2 BETA_20160119012125

Penulis minta maaf terlebih dahulu kerana penulis berjanji akan membuat review sebaik sahaja Open Beta ini habis. Ini kerana terdapat kekangan masa yang dihadapi oleh penulis beserta dengan ketagihnya permainan shooter ini yang lain dari yang lain.

Nota: Video montaj yang telah dibuat oleh penulis ini akan di post-kan di episod JomRakam! akan datang, so jangan lupa singgah-singgah ya.

Penulis pernah bermain siri yang pertama dulu, itu pun sebab dapat percuma dari EA sempena sambutan ulangtahun ke-20 PlayStation pada Disember 2014 yang lalu. Walaupun penulis enjoy gila siri ini, penulis berasa permainan tersebut kekurangan varieti dan game modes yang ada.

Tambahan pula, permainan ini memerlukan internet dan langganan premium konsol memasing untuk konsol (Playstation+ untuk PS4 dan Xbox Live Gold untuk Xbox 360 dan Xbox ONE). Tapi benda ini sudah pun di-fix dan ianya membawa berita yang enak untuk didengar.

PVZ GW2 BETA_20160116082444

Apa Yang Diubah Dari PvZGW1?

  • Player respawn lagi cepat dari sebelum ini: Pemain tidak perlu menunggu 2-3 saat menghadap di skin hitam untuk beraksi balik.
  • Perubahan beberapa karakter: Sesetengah karakter dari PvZGW1 ada perubahan sedikit di PvZGW2 ini. Sebagai contoh, drone Kaktus dari pihak Plants membuat perubahan dari segi serangan beliau dengan mengurangkan rate of fire dan digantikan dengan damage output yang lagi kuat dan satu abiliti Engineer dari pihak Zombie ada ability untuk membuat fixed turret, digantikan dengan panggilan drone pada yang pertama.
  • Mode objektif yang diperbaiki. Dalam mode Gnome, ada notifikasi keluar terpampang dengan besar di skrin dan kedengaran lagu tema masing-masing bermain jika ada pemain mengambil Gnome, untuk memberitahu pemain pihak siapa yang pegang Gnome itu.
  • Dan akhirnya, game ini boleh dimainkan secara offline! Di PvZGW1, anda bukan sahaja memerlukan talian internet, anda jugak perlu melanggan servis premium di konsol memasing (PS+ atau Xbox Live Gold). Walaupun kekuatan PvZGW2 terletak pada multiplayer, aspek offline ini boleh memberi peluang kepada pemain untuk membiasakan diri dengan mekanik-mekanik yang ada pada PvZGW2 ini, sebelum memjejakkan kaki ke dunia multiplayer. Apabila keluar full release, pemain boleh bermain dengan seorang lagi pemain secara local splitscreen. Hebat kan?

PVZ GW2 BETA_20160116215717

Apa Pembaharuan Yang Ada?

  • Ada 6 karakter baru, 3 bagi setiap pihak: Di pihak Zombies ada superhero yang fokus main jarak dekat, orang kerdil yang boleh memanggil sut robot yang GANAZZZZZ, dan lanun ala-ala Pirate of the Carribeans. Yang menariknya, ia mempunyai dua mod serangan, jauh dan dekat. Di pihak Plants pula ada sebiji buah oren tanker yang boleh bergolek-golek di mana-mana sahaja, pokok jagung yang gayanya ala-ala koboi, dan tidak lupa jugak, puteri mawar kayangan yang fokus untuk memberi buff pemain lain dan de-buff pada pihak lawan. Menarik, kan?
  • Level design yang menarik, dan tidak jemu: Ini kerana pada setiap level terdapat gimik memasing yang memberi impak pada corak permainan korang itu. Sebagai contoh, ada satu level dimana pemain akan berada di kawasan graviti sifar, yang membolehkan korang melompat lagi tinggi dan jatuh lagi perlahan dan sesetengah serangan memberi pengaruh terhadap benda ini.
  • Ketiadaan menu biasa: Tiada lagi menu biasa untuk membuat semua aktiviti yang sebelum ini. Nak tukar control layout? Tekan Option/Menu dan dia berjalan secara real-time di belakang. Nak tengok stat korang? Sila pergi ke lobi untuk melihat. Nak main Multiplayer? Sila pergi tempat portal yang disediakan untuk bermain multiplayer. Menarik, kan ? Tak lah korang gerak cursor-cursor dari menu yang membosankan itu lagi. Semuanya berlaku secara real-time. Benda ini akan di ceritakan dengan lebih terperinci di bawah.

PVZ GW2 BETA_20160116100644

Apa yang hampeh dekat Beta PvZGW2 ini? Memang ada. Inilah benda yang penulis rasa tidak patut ada pada permainan ini dan mengharap benda ini tidak akan berlaku lagi apabila keluarnya permainan ini secara rasminya.

  • Bermain dengan kawan/party dihadkan kepada 4 pemain sahaja: Ianya tidak patut kerana permainan ini seronok bermain dengan seramai member yang boleh.
  • Sistem party tidak berfungsi dengan baik: Penulis sudah terkena beberapa kali terkeluar dari party apabila bermulanya permainan dan kadang-kadang pemain duduk di pihak lawan dimana tidak patut berlaku sebab bermain bersama party adalah bermain dengan kerjasama, bukan dengan cara PvP.
  • Masih ada ruang kosong: Yang ini penulis rasa paling hampeh. Kadang-kadang pemain tidak boleh masuk lobi pemain lain sedangkan ada ruang kosong lagi pada lobi tersebut.

PVZ GW2 BETA_20160116131345

Backyard Battleground

Di sini penulis akan tunjuk beberapa benda yang baru, terutama sekali dengan sistem menu yang baru.

PVZ GW2 BETA_20160116100659

Di sinilah pemain akan bermula bila setiap kali pemain boot permainan ini. Ianya digantikan dengan sistem menu yang lama. Dengan ini pemain perlu gerak lokasi tersebut untuk membuat aktiviti yang ditawarkan pada lokasi tersebut. Contoh yang ada di sini adalah tempat untuk melihat stat pemain, make-up character dan lain-lain. Semuanya dilakukan di sini.

PVZ GW2 BETA_20160116131457

Mengikut gambar ini, pemain boleh meng-import karakter kegemaran dari PvZGW1 dalam PvZGW2. Setakat ini penulis tidak tahu macam mana proses dia berjalan. So, digalakkan tunggu pengumuman dari PopCap Games ke, ataupun dalam full release ke, tentang hal ini.

PVZ GW2 BETA_20160116083251

Penulis tidak tahu apa benda rahsia yang ada kat sini. Mungkin ianya adalah Story mode? Apa-apa pun kita tunggu je nanti pada full game nanti.

PVZ GW2 BETA_20160116083555

Di sini pemain boleh terus melompat ke medan perang di tengah untuk bersaja-saja atau lepas stres dari permainan. Ini dikira mode untuk bersantai-santai sahaja je. Mode ini boleh bermain bersama Party.

PVZ GW2 BETA_20160116083616Untuk bermain mode Garden Ops ini, pemain perlu bergerak dan cari benda ini. Disini boleh bermain secara local atau dengan talian internet.

PVZ GW2 BETA_20160116083630Di sini ada senarai-senarai yang pemain boleh melihat pada papan ini. Disini pemain boleh tengok benda seperti cabaran, requirement dan lain-lain. Penulis syak senarai untuk Trophies/Achievements ada di sini bila full game keluar.

PVZ GW2 BETA_20160116083649

Penulis tidak tahu apa fungsi ini kerana setiap kali penulis pergi disini, penulis menunggu loading yang teramat lama sampai tidak ada respons satu pun. Ikut hati penulis rasanya benda ini adalah untuk periksa siapa pemain yang sedang online diserata dunia. Rasa-rasa la.

PVZ GW2 BETA_20160116084534Disini adalah carta rekod yang dilakukan oleh pemain. Pemain boleh melihat ratio K/D, berapa banyak pakai karakter, karakter kegemaran, biodata karakter dan lain-lain.

PVZ GW2 BETA_20160116084554Seperti Garden Ops, di sinilah tempatnya untuk bermula multiplayer ini. Pemain boleh bermain dengan party member yang lain. Hanya leader party tersebut boleh memilih mode apa yang hendak dimainkan.

PVZ GW2 BETA_20160119201833

So, apa pendapat penulis pasal game ini? Penulis berasa permainan ini akan memberi sukses yang besar kepada Popcap Games dan memberi tarikan kepada pemain baru, terutama sekali bagi pemain yang baru dengan genre shooter. Tambahan pula, dengan permainan video sekarang penuh dengan permainan shooter yang ganas-ganas. Dan penulis sekarang sudah mengambil siri Plants vs Zombie Garden Warfare ini sebagai permainan kegemaran penulis.

Plants vs Zombie Garden Warfare 2 akan keluar di platform PlayStation 4, Xbox ONE dan PC pada 20hb Februari ini.

Habis sudah review Open Beta PvZGW2 ini. So, korang macam mana? Seronok? Bosan? Tinggalkan ruang komen di bawah dan jom kita kongsi bersama-sama.

1 komen

JomKomen!