in , ,

Plague Inc. Telah Diharamkan Di China Dalam Situasi COVID-19 Semakin Merebak Ke Seluruh Dunia

Plague Inc. merupakan sebuah game simulasi strategi yang memberikan pemain tugas untuk mencipta pelbagai jenis virus yang mampu memusnahkan atau memupuskan kehidupan manusia.

Sejak bulan lalu, game ini telah mendapat perhatian ramai secara mendadak setalah bermulanya penyebaran COVID-19 dari wilayah Wuhan, China. Kini, nampaknya kerajaan China tidak senang dengan peningkatan bilangan pemain yang terdedah kepada game ini yang boleh dikatakan sensitif dalam situasi begini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangun Plague Inc., Ndemic Creations mengesahkan bahawa game ini telah dibuang dari App Store (iOS) di China. Mereka telah diberitahu bahawa Plague Inc. “mempunyai kandungan yang menyalahi undang-undang di China seperti yang disahkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China”.

Pihak Ndemic Creations menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada pengharaman game ini di negara Tembok Besar itu adalah berpunca daripada penyebaran COVID-19 ataupun tidak. Mereka masih bertegas dengan mengatakan bahawa game ini memiliki unsur pendidikan dan mereka telah diperakui oleh banyak organisasi kesihatan seluruh dunia untuk sama-sama membanteras dan mengawal penyebaran COVID-19.

Tapi, berdasarkan apa yang ada dalam game itu dan memahami bagaimana tindak-tanduk kerajaan China, pastinya kita tahu bahawa pengharaman ini adalah berpunca daripada penyebaran virus itu yang pada ketika semakin tersebar ke seluruh dunia.

Buat masa ini, ia hanya dibuang dari App Store, dan tiada sebarang berita dari platform Google Play (Android).

Sekuel kepada game ini, Plague Inc: Evolved juga boleh dimainkan di PC, Xbox One, PS4 dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mac 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Mac 2020

Controller PS5 Mungkin Boleh Dicas Secara Wayarles, Berdasarkan Paten Baru Yang Ditemui

Controller PS5 Mungkin Boleh Dicas Secara Wayarles, Berdasarkan Paten Baru Yang Ditemui