Game bertemakan peperangan sememangnya salah satu genre yang paling popular dalam industri gaming. Ia dimainkan pelbagai lapisan gamer, sama ada yang dewasa, mahupun yang di bawah umur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memainkan peranan lebih proaktif terhadap video game online terutamanya berunsurkan keganasan dan peperangan.

Beliau berkata, pihak polis boleh mengambil tindakan tegas, namun SKMM perlu bertindak dahulu, lapor Astro Awani.

“Game-game macam ini lah saya kata, sosial media, medium kan. Orang akan mudah terpengaruh, orang akan terdorong, orang akan mencetuskan keinginan untuk mencuba.”

“Pelaksanaan itu di mana? Dalam konteks ini, mungkin SKMM boleh mainkan peranan. Itu saya tidak boleh komen (sekatan di Malaysia). Ini bergantung kepada SKMM,” katanya.

Ayob mengatakan sedemikian setelah ditanyakan persoalan apakah game online mampu memberikan pengaruh kepada keganasan selepas apa yang terjadi di Christchurch, New Zealand. Seorang pengganas secara pengecut dan kejamnya telah menembak mati 49 jemaah Islam di dua buah masjid berasingan di sana.

Apakah pandangan korang pula? Setuju dengan saranan yang diutarakan oleh pihak polis ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.