in , , , , ,

Pihak EA Berkata Game Single-Player Sudah Tidak Lagi Dinikmati Oleh Para Pemain

Penutupan Visceral Games adalah keputusan untuk mengekalkan kepentingan ekonomi syarikat.

Apabila kita menyebut nama Electronic Arts, rata-rata pemain mesti berfikir tentang live-service game mereka (ehem, Star Wars Battlefront II) yang menggunakan microtransaction melampau yang penuh dengan kontroversi.

Oleh itu, ramai orang berfikir penutupan studio Visceral berkait paut dengan pembangunan game Star Wars mereka yang lebih berbentuk linear atau dalam erti kata lain, lebih menjurus kepada single-player.

Ketua pegawai kewangan EA Blake Jorgensen memperjelaskan lebih tentang isu ini ketika di satu persidangan Credit Suisse 21st Annual Technology untuk para pelabur di Scottsdale, Arizona.

Sebelum berita buruk melanda Visceral Games, studio berkenaan mengalami kekurangan pembangun game sehingga ke 80 orang sahaja dalam tempoh masa lima atau enam tahun bagi studio skala kecil di bawah Electronic Arts, kata Jorgensen.

Ini mengakibatkan EA membuat keputusan membawa masuk orang dari EA Vancouver dan Motive untuk menampung bilangan nombor pembangun game yang sedikit di Visceral Games untuk membangunkan game AAA+ di bawah pengurusan EA.

Jorgensen menambah Visceral Games cuba untuk membangunkan game yang “memacu gameplay ke aras lebih tinggi” tetapi cubaan itu tidak menepati taraf EA kerana ia masih kelihatan seperti “suatu game cerita linear adalah trend lapuk di mana orang tidak lagi suka bermain berbanding lima tahun atau 10 tahun yang lalu.”

Dari segi pengiraan ekonomi, penerbit datang dengan satu kata putus yang syarikat mungkin tidak akan mendapatkan kembali kos untuk pembuatan game ini. Oleh itu, mereka membuat keputusan sukar iaitu menutup tirai studio Visceral Games.

Apa jadi dengan bahagian game yang sudah disiapkan oleh Visceral Games pula? Menurut Jorgensen, bahagian yang sudah dibangunkan itu akan diberikan kepada studio lain bagi dibangunkan menjadi game gaya baru atau gunakan sahaja semula bahagian game yang sudah dibangunkan itu untuk game lain.

Pokok pangkalnya, penutupan studio Visceral Games adalah atas sebab menurut kepentingan ekonomi syarikat. Namun, EA berkata mereka cuba sedaya upaya untuk serap masuk “kebanyakan” pembangun game yang terlibat dalam pembangunan game Star Wars terbengkalai ke dalam studio-studio lain di bawah EA.

Dalam perspektif pihak penerbit, Jorgensen menambah mereka cuba untuk mengawal situasi ini di awal peringkat pembangunan sekiranya kerja ini tidak membuahkan hasil dan mungkin baru mereka “melepaskan” sedikit demi sedikit semakin jauh dalam pembangunan game ini.

Apa nak buat lagi, nasi sudah menjadi bubur. EA harus menutup seluruh studio kerana pembangunan game ini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan dan oleh sebab itu, studio Visceral Games sudah tiada lagi.

Mengenai berita tragis ini, ketua Xbox Shannon Loftis pernah memberi pendapat bahawa game single-player tidak mati tapi keadaan ekonomi yang membuatkan ia “rumit”. Bos Ubisoft pula kata single-player masih lagi menjana keuntungan.

Hmm… apa nak jadi?

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Battle Royale: Custom Matchmaking, Mode Baru Akan Diumumkan Semasa The Game Awards

EA Menjelaskan Mengapa Gamers Lebih Banyak Berbelanja Pada Masakini Walaupun Bilangan Game DIbeli Kurang