Pihak berkuasa dari sebuah lagi negara Eropah mengeluarkan kenyataannya.

Dalam pada masa pihak berkuasa Belgium mengatakan bahawa sistem loot box adalah satu bentuk perjudian dan mahu mengharamkannya di seluruh Eropah, nampaknya sebuah lagi negara Eropah ini mengatakan sebaliknya pula, lapor IGN.

Menurut Suruhanjaya Perjudian United Kingdom (UK Gambling Commission), sistem loot box yang mana kandungannya bergantung kepada peluang adalah bukan satu bentuk perjudian di bawah undang-undang British. Memandangkan hadiah yang diperoleh dalam loot box hanya boleh digunakan dalam game yang dimenanginya itu, dan tidak boleh ditunaikan kepada wang sebenar, ia tidak termasuk sebagai aktiviti yang memerlukan lesen perjudian, tegas suruhanjaya itu.

Walaupun loot box, seperti yang terdapat dalam game-game AAA masakini, tidak jatuh dalam payung sebuah operasi perjudian haram, suruhanjaya itu tetap menyatakan kerisauan mereka terhadap aktiviti tersebut dalam video game.

Suruhanjaya itu mengatakan lagi bahawa walaupun garis antara gaming dan perjudian kini menjadi semakin samar, kerja mereka adalah untuk campur tangan apabila aktiviti ini memenuhi definisi perjudian di bawah undang-undang UK.

Menampilkan sistem loot box dalam game-game AAA masakini adalah seperti sesuatu yang “wajib” bagi sesetengah penerbit game. Antara game popular yang mengamalkan sistem ini adalah Star Wars Battlefront II, Overwatch, Need for Speed Payback, Battlefield 1, Call of Duty: WWII, Rainbow Six Siege dan siri FIFA serta PES.

JomBaca: Siapa Yang Arahkan EA Untuk Buang Microtransactions Daripada Star Wars Battlefront II? Yup, Disney!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.