Satu amaran besar kepada game-game yang mengamalkan sistem loot box.
Minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa pihak berkuasa di Belgium, Suruhanjaya Gaming Belgium (Belgian Gaming Commission) sedang menyiasat Star Wars Battlefront II dan Overwatch terhadap adakah sistem loot box dalam game tersebut merupakan sebuah bentuk perjudian ataupun tidak.
Terkini, mereka telah mengesahkan bahawa sistem loot box ini adalah sebuah bentuk perjudian, menurut laporan VTN News (diterjemah oleh PC Gamer).
“Percampuran antara wang dan ketagihan adalah perjudian,” kata suruhanjaya tersebut. Menteri Keadilan Belgium, Koen Geens turut memberikan kenyataan dengan menyatakan, “mencampur-adukkan perjudian dan gaming, terutamanya untuk golongan muda, adalah bahaya untuk kesihatan mental kanak-kanak itu.
Geens menambah dengan mengatakan bahawa beliau mahu mengharamkan pembelian dalam game yang membuatkan pemain tidak tahu apa yang dibelinya (asas kepada sistem loot box). Bukan sahaja di Belgium, malah beliau mahu mengharamkannya sekali di seluruh Eropah.
“Prosesnya akan mengambil masa yang lama, kerana kami akan pergi ke Eropah. Kami pasti akan cuba untuk mengharamkannya,” ujar beliau lagi.
Sekiranya hasrat Belgium untuk mengharamkan sistem loot box ini di negaranya, dan kemudian pula di seluruh Eropah, ia sudah tentu memberikan tamparan yang cukup hebat kepada game-game AAA. Namakanlah sahaja mana-mana game masakini – Star Wars Battlefront II, Overwatch, Need for Speed Payback, Battlefield 1, Call of Duty: WWII, Rainbow Six Siege – kebanyakannya menampilkan sistem loot box ini.
Apa pula reaksi korang terhadap perkembangan isu ini? Jom kita berbincang mengenainya.
JomBaca: Siapa Yang Arahkan EA Untuk Buang Microtransactions Daripada Star Wars Battlefront II? Yup, Disney!
Comments
Loading…