in

Pigsodus: RPG Babi Menyelamatkan Kawan-Kawan! LOL

Dalam banyak-banyak game, kenapa mesti alkisah babi ini menjadi pilihan? Jom kita tengok projek yang kononnya akan tiba di Kickstarter nanti!

Pigsodus adalah sebuah game RPG side-scroller dari developer Psylocibe Games dimana korang akan memainkan watak seekor babi khinzir yang menggalas backpack dan memakai kacamata hitam stylo-mylo sambil cuba menyelamatkan kawan-kawannya dari menjadi bacon!

Sepanjang pengembaraan ini, korang terpaksa mengelak jerangkap samar, manusia yang gilakan daging bacon dan mengelak daripada suasana sejuk malam hari! Aih, macam-macam lah kisah korang nih!

Pigsodus intro

Yang menariknya, sepertimana game RPG lain, Pigsodus ini menjanjikan skill tree yang kelakar, sistem looting dan crafting, A.I. musuh yang belajar dari permainan korang dan storyline yang kelakar (kata diorang lah).

Pigsodus feature 1

Pigsodus feature 2

Adakah ini akan menjadi the next game pelik selepas Goat Simulator? Tidak disebut pulak game ini nanti akan keluar pada platform mana. Sama-sama laa kita nantikan game ini keluar di Kickstarter nanti. Kepada yang berminat, cuba lawati pigsodus.com untuk maklumat lanjut.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Snow Horse: Kuda Atas Snowboard Untuk Steam dan Xbox! Apakah?

Resident Evil Zero: Permulaan Kemusnahan Racoon City