in , , ,

Photo Mode Untuk God of War Diperlihatkan, Bakal Tiba Dalam Kemaskini Akan Datang

Kratos dan Atreus boleh wefie.

The Last of Us Remastered, Uncharted 4, dan Horizon Zero Dawn adalah game-game eksklusif PS4 yang mempunyai Photo Mode. Pastinya kehadiran fungsi ini ke dalam God of War tidak mengejutkan.

Dalam livestream pelancaran God of War, Sony telah memperlihatkan Photo Mode untuk game ini yang bakal tiba dalam kemaskini akan datang selepas pelancaran. Bila ia akan dikeluarkan untuk para pemain, masih belum didedahkan.

Dalam video yang sempat dirakam oleh DualShockers di bawah, pihak Sony Santa Monica menunjukkan beberapa fungsi yang boleh digunakan dalam mode ini. Antara yang lucu adalah menukar ekspresi muka Kratos kepada yang lebih ceria.

Dalam dunia yang luas dan indah serta pengembaraan yang panjang antara Kratos dan Atreus, seperti yang telah kami sebutkan dalam review, pastinya Photo Mode ini sesuatu yang sangat seronok untuk dimainkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Games Usik Peminat Dengan Pelancaran Fortnite Di China

Lihat Studio Pembangun Lain Ucapkan Tahniah Kepada Pelancaran God of War