Phil Spencer kongsi gambaran yang lebih jelas mengenai Project Scorpio bersama peminat Xbox di media sosial!
Ketua bahagian Microsoft Xbox, Phil Spencer suka berinteraksi dengan peminat mengenai jenama mereka di media sosial. Baru-baru ini beliau sekali lagi menjawab soalan-soalan di Twitter dan memberikan sedikit gambaran mengenai situasi Xbox.
Pertama sekali, beliau “sangat yakin” akan bagaimana konsol yang akan datang yang diberi kod nama sebagai “Scorpio” akan boleh memainkan game-game Xbox One.
I'm very confident in the way Scorpio will run existing XB1 games.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Beliau juga tidak sabar untuk menunjukkan apa yang mereka siapkan untuk konsol baru tersebut.
I'm eager to show what we have as well. Should be a fun year.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Spencer menyebut bahawa beliau berasa “sangat baik” mengenai perancangan game tahun ini, dengan lebih banyak game singleplayer berbanding tahun lepas dan “kepelbagaian” melalui pelancaran IP baru.
I feel very good about this year. Should have more 1P games than last year, great diversity + launching new IP. Good year.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Menariknya, Spencer menyatakan versi Phantom Dust yang akan datang ke Xbox One sebagai “Port+”, menjanjikan lebih banyak maklumat mengenai apa maknanya sebelum pelancaran game bermula.
Port+ is probably the best way to describe it. We'll talk more about what we added before it launches @shannonloftis
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Beliau tidak berkata tidak untuk membangunkan backward compatibility game Xbox 360 bagi platform PC Windows 10. Namun menyatakan kesukaran melakukannya melihatkan kepelbagaian perkakasan di PC berbanding Xbox One.
Running BC reliably on all the different PC HW configs would be a lot more work than XB1, but never say never.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Bercakap mengenai Halo Wars 2, Spencer menyebut bahawa beliau percaya Atriox adalah salah satu antagonis terbaik di kalangan game singleplayer Microsoft.
My opinion, Atriox is up there with Raam as one of the best villains we've ever had in one of our 1P games.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Beliau kemudian beralih topik untuk memuji Sea of Thieves, menyebut bahawa beliau boleh merasakan betapa bagusnya studio tersebut meletakkan usaha mereka ke dalam permainan itu dan beliau mempunyai keyakinan terhadap Lead Designer, Gregg Mayles.
https://twitter.com/XboxP3/status/828827967887286272
https://twitter.com/XboxP3/status/828829124525297664
Spencer kemudian bercakap mengenai keyboard dan mouse, mengakui bahawa dalam beberapa kes ia adalah satu kelebihan berbanding pengguna controller, tetapi developer akan memutuskan apa yang terbaik dalam permainan mereka.
Clearly in some cases M&K is an advantage. I'm a fan of giving the tools to studios and they'll do what's best for their games.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Yes, devs will deicde.
— Phil Spencer (@XboxP3) February 7, 2017
Comments
Loading…