in , , ,

Pewdiepie Umumkan Akan Bercuti Daripada Youtube 2020 Nanti

Dah penat sangat katanya… Korang-korang yang buat content, jaga diri baik-baik ye.

Pewdiepie (aka Felix Kjellberg), salah seorang bintang Youtube khabarnya akan mengambil cuti panjang dari menghasilkan sebarang kandungan di laman tersebut.

Di dalam video di atas, Pewds telah mengkritik polisi harassment Youtube yang khabarnya akan melindungi semua pengguna dan creator Youtube daripada serangan dan gangguan peribadi serta kandungan yang berbaur toksik atau menggalakkan komen toksik.

Pewdiepie berpendapat ekosistem Youtube tidak patut dipantau seketat yang Youtube mahukan kerana platform tersebut dan creators yang ada di dalamnya beroperasi berdasarkan kebebasan bersuara mengikut kreativiti dan modus operandi masing-masing.

Ekosistem Youtube  ini juga secara sendirinya memantau etika good/bad kandungan yang dihasilkan creators. Pewdiepie telah membariskan beberapa contoh video yang telah melanggar polisi Youtube selama ini, dan bagaimana komuniti creators Youtube sendiri mengecam dan “menghukum” kandungan/creator tersebut – bukan Youtube sendiri.

Pewdiepie bagaimanapun memuji niat Youtube, bagaimanapun beliau inginkan hak creators untuk bebas bersuara lebih dilindungi dan lebih spesifik – bukannya memukul rata semua video berunsur satira sebagai bersifat serangan.

Di penghujung video ini, Pewdiepie mengumumkan beliau ingin bercuti daripada Youtube pada 2020 nanti. Beliau berkata, pengumuman selanjutnya akan diberitahu kelak, dan menyifatkan keputusan ini didorong rasa ‘penat’ dan ingin memikirkan tentang perkara lain selain Youtube “buat kali pertama dalam 10 tahun ini”.

Polisi terbaru Youtube ini semestinya merisaukan Pewds berikutan beberapa kontroversi yang melanda angkara “kreativiti” beliau menghasilkan kandungan. Sebagai creator solo utama Youtube, Pewds semestinya dilihat dan diperhatikan ramai pihak yang meminati dan yang membenci – dan ini semestinya memberi tekanan buat Pewds yang terus menghasilkan kandungan secara kerap bagi memastikan beliau kekal relevan di platform tersebut.

Walaubagaimanapun, Jomgaming galakkan Pewds untuk bercuti rilek-rilek bersama bini dulu. Tak payah serabut sangat. Rezeki Tuhan yang pegang, bukan Youtube. Ya tak?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Jom Dengar Henry Cavill aka Geralt of Netflix Bacakan Buku Pertama The Witcher

Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Hanya Perlu Panggil Xbox Sahaja, Series X Itu Hanyalah Nama Model