2 personaliti yang tidak asing dalam dunia gaming, tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia!

pewdiepie

Industri gaming kini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh masyarakat luar sana. Kini, individu-individu yang mewarnai dunia gaming mampu untuk menggegar dunia luar sana secara keseluruhannya.

Terkini, Majalah TIME telah mengeluarkan senarai yang dipilih mereka untuk 100 individu paling berpengaruh di dunia, dan YouTuber tersohor PewDiePie dan pengasas Oculus, Palmer Luckey antara personaliti dunia gaming yang berjaya menempah nama.

Felix Kjellberg atau nama sensasi beliau PewDiePie adalah seorang gamer YouTuber yang memuatnaik video Let’s Play secara harian di channel beliau. Cara penyampaian, skrip dan gaya suntingan yang lucu membuatkan kini beliau mengumpulkan 43 juta subscribers di YouTube.

Ini bukanlah kali pertama PewDiePie tersenarai dalam ranking yang dikeluarkan Majalah TIME. Sebelum ini, beliau juga pernah disenaraikan sebagai 30 individu paling berpengaruh di Internet.

time-100-2016-luckey-palmer

Pengasas Oculus, Palmer Luckey juga bukanlah calang-calang individu yang telah banyak mencorakkan industri gaming ini. Selepas mendapat perhatian atas laporan pembelian Oculus berjumlah USD2 billion oleh Facebook, teknologi yang beliau bawakan boleh dikatakan sebagai perintis kepada beberapa peranti virtual reality (VR) yang lain, seperti Valve, Vive oleh HTC dan PlayStation VR oleh Sony.

Anda boleh lihat senarai penuh 100 individu paling berpengaruh di dunia yang dikeluarkan Majalah TIME di sini.

JomKomen!