in , ,

PewDiePie Mohon Maaf, Berkata Beliau Menjadi Sasaran Media

“Saya kesal akan penggunaan kata-kata yang saya ucapkan kerana ianya menyinggung perasaan orang lain.”

Drama melibatkan Pewdiepie diteruskan lagi. Selepas 2 minggu menghadapi kecaman dan dilepaskan oleh Disney dan rancangan siri video beliau dibatalkan Youtube, Pewdiepie (Felix Arvid Ulf Kjellberg) menerbitkan video memohon kemaafan di channel Youtube beliau.

Merujuk kepada video dari 11 Januari lepas di mana PewDiePie mengupah dan menonton video dua lelaki yang memegang sepotong kertas yang tertulis, “Death To All Jews” / “Maut Bagi Semua Yahudi” dengan hanya membayar USD5 – beliau mengakui lawak jenaka yang beliau utarakan adalah sedikit melampaui batas. Namun beliau menegaskan bahawa insiden tersebut adalah untuk menunjukkan betapa ‘bodohnya laman web tersebut dan berapa jauh korang boleh pergi dengan hanya USD5.’

“Saya tak mahu peminat di luar sana berfikiran bahawa saya boleh berjenaka tentang apa-apa sahaja dan ianya takkan memberi kesan kerana saya adalah Pewdiepie. Saya faham setiap perkara ada kesannya.”

Beliau kemudiannya berkata laporan Wall Street Journal yang menyebabkan pelepasan beliau daripada Disney dan pembatalan siri video daripada Youtube – telah “meletakkan syarikat-syarikat di kedudukan tersepit, memaksa mereka untuk memutuskan hubungan dengan saya.”

“Semua ini adalah serangan…terhadap saya bagi menjatuhkan reputasi saya, mengurangkan pengaruh dan nilai ekonomi saya.”

Beliau seterusnya berkata, khususnya buat Wall Street Journal, walaupun diserang sebegitu, beliau “Masih di sini. Masih Membuat video. Nice try Wall street Journal. Try again motherf****rs.”

“Saya tahu video yang saya hasilkan adalah untuk hiburan semata-mata, dan bukannya tempat untuk sebarang commentary politik. Saya tahu penonton saya memahami aspek hiburan tersebut, sebab itu mereka menonton channel saya.”

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Zero Dawn: 4 Video Terbaru Ini Adalah Persediaan Anda Sebelum Pelancaran

10 Fakta Dan Info Menarik Mengenai Twitch Bagi Tahun 2016

10 Fakta Dan Info Menarik Mengenai Twitch Bagi Tahun 2016