in , ,

Pewdiepie Akan Delete Akaun Youtube Beliau Pada 50 Juta Subs!

Adakah empayar Pewdiepie akan berakhir tidak lama lagi?

Pewdiepie memiliki channel Youtube PALING popular yang dibina dengan lawak jenaka gaming. Bagaimanapun, di penghujung video terbaru beliau, Pewdiepie kelihatan serius dan berkata begini;

“Saya akan memadam akaun Youtube Pewdiepie apabila ianya mencecah 50 juta (subscribers). Saya rasa ianya pasti menyeronokkan, saya teruja untuk memadam akaun saya dan mulakan channel baru. Saya takkan berhenti Youtube, saya hanya akan padam channel ini.”

Pengumuman ini berikutan kontroversi Youtube melakukan perubahan secara rahsia mengakibatkan  kehilangan subscribers dan views yang melibatkan ramai Youtuber. Youtube bagaimanapun menafikan kontroversi ini.

Pewdiepie berkata, Youtube sudah banyak kali melakukan perubahan yang seperti ingin ‘membunuh’ channel beliau. Beliau mendapati BANYAK video beliau tiba-tiba tidak mendapat views yang beliau harapkan, tanpa sebab yang munasabah. Sebab itu, beliau ingin mematikan akaun Youtube beliau. Baru puas hati!

Adakah Pewdiepie serius ataupun berjenaka seperti biasa? Sehingga artikel ini ditulis, bilangan subscription di channel beliau berada pada 49,418,746. Tak lama lagi cecah 50 juta dah. Sama-sama kita nantikan.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Pelancaran Steep, Menerangkan Bagaimana Kawasan Pergunungan Salji Dicipta

Marvel VS Capcom Infinite Bakal Tiba Pada 2017 – Paparkan Aksi Ryu, Mega Man, Captain Marvel & Iron Man Berentap!