in ,

Petunjuk Sekuel Horizon Zero Dawn Akan Dilancarkan Ke PS5, Tapi Tweet Itu Telah Dipadamkan

Sejak melancarkan Horizon Zero Dawn pada 2017 yang telah menambat hati ramai, para peminat sentiasa ternanti-nanti apakah perancangan seterusnya Guerilla Games untuk francais ini.

Terbaharu, kita mungkin telah mendapat satu petunjuk tentang sekuel untuk game futuristik-robotik itu. Laman Twitter rasmi pencarian kerja Guerilla Games telah menaikkan satu tweet yang ingin mencari seorang Senior AI Programmer baharu yang mana antara kriterianya ialah mampu melakukan kelainan dalam rekaan dan implementasi sistem yang menjadikan NPC lebih hidup.

Apa yang menarik perhatian daripada tweet ini ialah salah satu hashtag yang diletakkan ialah ‘#ps5’. Ia kemudiannya telah dipadamkan, namun sempat di-screenshot oleh seorang pengguna Reddit. Tweet baharu telah dinaikkan semula dengan tidak meletakkan lagi ‘#ps5’.

https://www.reddit.com/r/PS5/comments/g62rg2/screenshot_guerrilla_games_tweeted_out_a_job_post/?utm_source=share&utm_medium=web2x

Tweet yang telah dipadamkan ini tidaklah menyatakan secara jelas bahawa studio itu sedang membikin sekuel Horizon Zero Dawn. Namun, kita pastinya tahu bahawa projek seterusnya Guerrilla tentunya yang berkaitan dengan Horizon Zero Dawn selepas kejayaan yang telah dicapai oleh game pertamanya. Mustahil untuk mereka tidak menyambung game ini, apatah lagi penamat game pertama itu memang sengaja dihabiskan dalam keadaan tergantung.

Malah, satu lagi tweet turut dinaikkan yang mencari pula Senior Writer. Kedua-dua tweet tersebut menggunakan GIF daripada Horizon Zero Dawn.

Semestinya pembangunan sekuel Horizon Zero Dawn untuk PS5 tidaklah terlalu mengejutkan kerana sudah tiba masanya game-game baharu dikeluarkan untuk konsol generasi akan datang itu. Cumanya, apabila tweet ini dinaikkan, kemudian dipadam, dalam keadaan masih tiada sebarang pengumuman rasmi, sudah tentu membuatkan para peminat bercakap tentangnya.

Persoalan yang bermain sekarang ialah apakah sekuel Horizon Zero Dawn nanti hanya eksklusif untuk PS5 atau akan turut dilancarkan ke PS4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Animal Crossing: New Horizons Catat Rekod Baru - Game Digital Konsol Paling Banyak Terjual Sebulan Dalam Sejarah

Animal Crossing: New Horizons Catat Rekod Baru – Game Digital Konsol Paling Banyak Terjual Sebulan Dalam Sejarah

Crash Bandicoot Mobile Dilancarkan, Dapatkan Secara Percuma Di Android Sekarang

Crash Bandicoot Mobile Dilancarkan, Dapatkan Secara Percuma Di Android Sekarang