in , , ,

Peta Penuh Untuk Horizon Zero Dawn Sudah Didedahkan!

Horizon Zero Dawn merupakan open world action role-playing game (RPG) jadi peta open world besar haruslah menjadi satu kemestian dalam game berbentuk RPG.

AWAS, SPOILER di hadapan!

Peta yang ditonjolkan melalui GameRevolution.com memberikan gambaran lebih terperinci tentang lokasi yang pemain bakal tempuhi.

Peta dunia Horizon Zero Dawn nampaknya terbahagi kepada tiga kawasan besar iaitu Mother’s Heart, Meridian, and Sunfall. Anda juga boleh memperbesarkan gambar ini untuk lihat peta ini secara lebih dekat.

Setakat ini, Guerilla Games mempamerkan pelbagai jenis musuh robot yang anda bakal hadapi seperti robot berbentuk burung dan juga dinosaur. Pemain juga dapat tahu kebolehan combat Aloy dan game ini juga disertakan dengan photo mode!

Horizon Zero Dawn juga sudah disahkan Gold iaitu sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk dicetak dalam pelbagai versi: Collector’s Edition, Deluxe Edition dan Limited Edition.

Horizon Zero Dawn akan dikeluarkan khas untuk PS4 pada 28 Februari 2017.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Horizon Zero Dawn Memperkenalkan Lagi Musuh Robot Baru: Stormbird Dan Behemoth

Horizon Zero Dawn Memperkenalkan Lagi Musuh Robot Baru: Stormbird Dan Behemoth

Filem CGI Resident Evil: Vendetta Bakal Diterbitkan Pada Tahun ini!

Filem CGI Resident Evil: Vendetta Bakal Diterbitkan Pada Tahun ini!