in , , ,

Pesaing FIFA Dan eFootball, UFL Ditunda Ke Tahun 2023

Strikerz telah mengumumkan yang mereka telah menunda tarikh pelancaran UFL ke tahun 2023.

Game bola sepak yang dinantikan ramai sebagai pesaing kepada siri FIFA dan eFootball (dulu PES) itu pada asalnya dijadualkan akan dilancarkan pada tahun ini, namun kini telah ditangguhkan ke tahun hadapan.

CEO Strikerz, Eugene Nashilov dalam satu video telah mendedahkan yang pembikinan game tersebut telah siap kira-kira 80%, dan mereka mungkin akan mendedahkan tarikh sebenar pelancaran pada sekitar Disember nanti.

Januari lalu, UFL telah memperlihatkan video gameplay pertamanya, bersama-sama dengan pengumuman Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang dutanya.

Penambahan Ronaldo menjadikan beliau adalah pemain kelima dalam senarai duta UFL, selepas Oleksandr ZinchenkoRoberto FirminoRomelu Lukaku dan Kevin de Bruyne.

Setakat ini, kelab-kelab yang sudah diumumkan akan tampil dalam UFL secara rasmi adalah West Ham United FC, Sporting CP, Shakhtar Donetsk, AS Monaco, Besiktas JK, Celtic F.C. dan Rangers.

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak dunia apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Tubuhkan PlayStation Studios Mobile Division Dengan Pembelian Savage Game Studios

The Last of Us Part I: Boleh Beli or Boleh Blah!?