One Game, One ASEAN. Kredit: Station News

Acara Pro Evolution Soccer (PES) terbesar Asia Tenggara, akhirnya telah menemukan juaranya! Tahniah kepada pasukan tuan rumah!

One Game, One ASEAN. Kredit: Station News
One Game, One ASEAN. Kredit: Station News

Duy Map dari Vietnam telah merangkul kejuaraan edisi pertama Kejohanan PES Champion League Asia Tenggara (PES SEA CL) Final setelah menewaskan wakil dari ThailandBossui Rujikorn. Perlawanan akhir yang diadakan di Cyzone Stadium, Hanoi, Vietnam itu telah menyaksikan Duy Map menumpaskan Bossui dengan keputusan 2-0.

Berikut adalah aksi Final yang penuh epik itu (kredit: Vega Habibi):

Rezeki tidak menyebelahi pasukan negara. Erwan yang sebelum ini merupakan antara pemain pilihan, serta Yazid, seorang pemain PES yang sangat berpengalaman nampaknya serba tidak menjadi. Malang buat kem Malaysia, yang mana keempat-empat wakil kita telah terkandas awal di peringkat kumpulan.

JomBaca: PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!

pes
Keputusan peringkat kumpulan. Kredit: PES League Asia

JomBaca: PES SEA CL Final: 16 Pemain Terbaik Dari 4 Buah Negara Telah Diumumkan!

Peringkat kalah mati, 8 pemain terakhir diteruskan dengan 4 wakil dari Thailand, 2 wakil dari Indonesia dan 2 wakil dari Vietnam.

Perhatian pastinya tertumpu kepada Rizky Faidan, pemain paling muda, baru sahaja berusia 13 tahun yang hampir mendapatkan mata maksimum di peringkat kumpulan, seterusnya dengan mudah melayakkan ke peringkat seterusnya.

JomBaca: Remaja 13 Tahun Antara Wakil Indonesia Ke Vietnam Untuk Final PES SEA CL!

pes
8 pemain terakhir. Kredit: PES League Asia

Vietnam yang sebelum ini tidaklah diletakkan sebagai pasukan pilihan, mula menunjukkan belangnya. Kedua-dua pemain Vietnam, Quang Barca dan Duy Map telah menggunakan segala kelebihan mereka sebagai tuan rumah untuk menamatkan perjalanan kem dari Indonesia dengan masing-masing menewaskan Batara Riasta Rizki dan Rizky Faidan.

8 pemain PES terbaik Asia Tenggara. Kredit: PES League Asia
8 pemain PES terbaik Asia Tenggara. Kredit: PES League Asia

Peringkat separuh akhir, Vietnam dan Thailand telah menunjukkan bahawa siapakah dua negara gergasi PES di rantau ini. Kedua-dua negara telah dipaksa bertemu sesama pasukan sendiri di peringkat ini, namun, ini yang membuat ia lebih menarik kerana perlawanan akhir pastinya bakal menyaksikan dua negara berbeza – Vietnam menentang Thailand.

Separuh akhir pertama menemukan dua wakil Vietnam terlebih dahulu. Duy Map telah membuat kejutan dengan mengalahkan juara Vietnam sendiri, Quang Barca dalam satu perlawanan yang sungguh sengit! Berikut adalah keputusannya:

  • Perlawanan 1: Quang Barca 3 – 2 Duy Map
  • Perlawanan 2: Duy Map 2 – 1 Quang Barca (*Perlawanan terpaksa dibawa ke game ketiga selepas terikat aggregat 4-4)
  • Perlawanan 3: Duy Map 3 – 2 Quang Barca (Duy Map menempahkan tempat ke Final selepas aggregat 7-6)

Separuh akhir kedua pula menemukan juara Thailand, Bossui Rujikorn bertemu dengan rakan sepasukan, Tanukki. Jika separuh akhir pertama sudah menyaksikan perlawanan yang amat sengit, perlawanan sesama wakil dari negara Gajah Putih ini lebih mendebarkan! Berikut adalah keputusannya:

  • Perlawanan 1: Tanukki 2 – 3 Bossui Rujikorn
  • Perlawanan 2: Bossui Rujikorn 1 – 2 Tanukki (*Perlawanan terpaksa dibawa ke game ketiga selepas terikat aggregat 4-4)
  • Perlawanan 3: Tanukki 5 – 6 Bossui Rujikorn (Masa tambahan: 0–0, Sepakan penalti: 3–4. Bossui menempahkan tempat ke Final selepas aggregat 10-9)
Penonton asyik menonton perlawanan akhir. Kredit: PES League Asia
Penonton asyik menonton perlawanan akhir. Kredit: PES League Asia

Seperti yang telah disebut di atas, Final telah menyaksikan Duy Map menumpaskan Bossui Rujikorn dengan keputusan 2-0. Video juga terdapat di atas.

Duy Map bersama hadiah kemengan. Kredit: PES League Asia
Duy Map bersama hadiah kemengan. Kredit: PES League Asia
Bossui Rujikorn di tempat kedua. Kredit: PES League Asia
Bossui Rujikorn di tempat kedua. Kredit: PES League Asia

Terima kasih Station News atas liputan.

Pasukan Malaysia Mohon Maaf, Tekad Bangkit Tahun Hadapan

Sejurus selepas penyertaan yang kurang memberangsangkan dari pasukan tanah air, Ahmad Yazid dalam satu post Facebook berkata, selaku Pengurus dan Kapten pasukan PES League Malaysia, beliau telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan ini. Keempat-empat wakil negara telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertekad untuk bangkit pada edisi seterusnya!

Memetik kata-kata beliau:

I, as Malaysian’s Admin, Captain & Player would like to represent our PES team, to apologise to the fans in Malaysia. We have worked really hard to win the game, but failed to do so. I take full responsibility towards this defeat, and we shall bounce back in the nearest future. Thank you for your love and non-stop supports towards us.

Sebagai pasukan yang baru berusia setahun jagung, pengalaman ini adalah sangat berharga. Kredit: Yazid
Sebagai pasukan yang baru berusia setahun jagung, pengalaman ini adalah sangat berharga. Kredit: Yazid

Mohd Fauzi pula dalam post Facebook-nya pula berkata, “Kecundang peringkat kumpulan. Pengalaman kami di sini akan dikongsikan dengan PES League Malaysia. Sama-sama kita naikkan nama Malaysia untuk tournament akan datang!”

“Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama”

Semoga kita berjumpa di PES SEA CL Final tahun hadapan!

JomKomen!