in

PES SEA CL Final: Livestream, Waktu Siaran, Hadiah & Banyak Lagi Maklumat Terbaru Diumumkan!

Sedar tak sedar, Kejohanan PES Champion League Asia Tenggara Final (PES SEA CL) hanya tinggal beberapa hari saja. Debaran penantian kian menghangat!

pes

Kejohanan PES terbesar Asia Tenggara ini akan membuka tirai pada hujung minggu ini. PES League Asia telah mengumumkan banyak maklumat yang perlu anda tahu!

Berikut adalah hadiah yang bakal diperoleh para pemenang:

  • Juara: USD500 (~RM1951)
  • Naib Juara: USD300 (~RM1170)
  • Tempat ketiga/keempat: USD100 (~RM390)

Berikut pula adalah garis masa atau waktu siaran kejohanan:

  • 16 April 2016, 2 petang (3 petang waktu Malaysia): Sidang media, sesi perkenalan, undian di Sony PS4 Game Zone, 100 Xuan Thuy, Hanoi.
  • 16 April 2016, 8 malam (9 malam waktu Malaysia): Perlawanan peringkat kumpulan di Sony PS4 Game Zone, 100 Xuan Thuy, Hanoi.
  • 17 April 2016, 2 petang (3 petang waktu Malaysia): Perlawanan akhir peringkat kalah mati di Cyzone Stadium, 79 Dang Van Ngu, Hanoi.
JomBaca: PES SEA CL Final: 16 Pemain Terbaik Dari 4 Buah Negara Telah Diumumkan!
pes
4 wakil PES Malaysia ke Hanoi, dari kiri Erwan, Yazid, Pojie & Hafeez.
JomBaca: PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!

Pastinya, rakyat Malaysia di tanahair ingin menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan negara. Oleh itu, JomGaming telah menghubungi wakil penganjur bersama kejohanan dari PES League Vietnam, Tuan Vinh Le untuk bertanyakan mengenai hal ini. Berikut adalah beberapa links untuk kita tonton nanti:

Apabila ditanyakan mengenai livestream itu nanti, Tuan Vinh Le berkata ulasan (commentary) adalah dalam Bahasa Vietnam. Tak kisahlah, bolasepak PES itu universal!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tales of Beseria: Tarikh Release Versi Jepun Dah Keluar!

Tales of Beseria: Jom Berkenalan Dengan Eizen!