in

PES SEA CL Final: 16 Pemain Terbaik Dari 4 Buah Negara Telah Diumumkan!

Hujung minggu ini, Kejohanan PES terbesar Asia Tenggara akan menggegar. Siapakah antara mereka yang bakal digelar Raja PES rantau ini?

pes

Terkini, dalam satu post yang dikeluarkan oleh penganjur bersama Kejohanan PES Champion League Asia Tenggara Final (PES SEA CL), PES League Asia telah mengumumkan kesemua pemain yang akan berentap pada hujung minggu ini.

Berikut adalah 16 pemain PES terbaik Asia Tenggara, yang mana akan mewakili negara masing-masing, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai tuan rumah.

Vietnam

pes

Sebagai tuan rumah, pastinya pasukan Vietnam mempunyai banyak kelebihan dari pelbagai aspek. Namun, tidak dinafikan, bermain di halaman sendiri dan berada di hadapan penyokong sendiri juga mempunyai tekanannya yang berbeza.

Adakah Vietnam mampu menukar tekanan tersebut ke arah kelebihan kepada mereka, atau ia bakal memakan diri sendiri?

Wakil negara Vietnam:

12823474_1679141242327220_3528028796278664018_o

  • Quang Barca
  • Quan Bi
  • Thanh Binh
  • Duy Map

Tumpuan dari kem Vietnam pastinya tertumpu kepada Quang Barca, di mana beliau merupakan juara keseluruhan tempatan untuk Vietnam!

Thailand

12715605_1671965253044819_4649196800685539121_n

Apa lagi harus dikatakan dari pasukan negara Gajah Putih ini. Semestinya, Bossui adalah pemain terbaik dari kem ini, malah antara pilihan utama untuk memenangi Final di Hanoi. Sebagai juara bertahan PES SEA CL Online pada musim ke-5, pastinya Bossui akan menjadi tarikan utama di kejohanan ini nanti!

12823433_1679786382262706_3588536110272372775_o

Wakil negara Thailand:

  • Bossui Rujikorn
  • Tanukki
  • Arm Akanichi
  • Samadtana

Indonesia

12998743_1024690477598449_4391896298455485817_n

Sebagai sebuah negara yang memiliki komuniti PES yang sangat aktif, pasukan Garuda merupakan pasukan yang amat digeruni secara keseluruhan. Membawakan 4 pemain yang mempunyai kekuatan yang seimbang, pastinya kem dari Indonesia ini tidak harus dipandang remeh.

Jangan dilupa, perhatian harus tertumpu kepada pemain paling muda di Final ini, iaitu Rizky Faidan yang baru sahaja berusia 13 tahun! Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, beliau telah memenangi kejohanan tempatan yang telah diadakan di Bandung.

JomBaca: Remaja 13 Tahun Antara Wakil Indonesia Ke Vietnam Untuk Final PES SEA CL!

Wakil negara Indonesia:

  • Rizky Faidan
  • Lucky Maarif
  • Ahmad Habibie
  • Batara Riasta Rizki

Malaysia

Hanoi_Poster

Pasukan tanah air juga bukanlah calang-calang. Dua pemain yang wajib diberi tumpuan adalah Erwan dan Yazid – dua pemain yang sangat aktif dalam PES SEA CL Online serta antara pemain yang paling kental di rantau ini.

Yazid yang bakal membawa lilitan kapten ke Hanoi merupakan pemain PES yang sangat berpengalaman. Ketika ditemuramah Harian Metro, beliau bertekad untuk memajukan komuniti PES khususnya dan arena E-sports di Malaysia amnya.

Erwan Degasa pula, tidak perlulah kami perkenalkan beliau lagi. Satu-satunya pemain yang pernah memenangi PEA SEA CL Online selama 2 musim secara berturut-turut, sudah semestinya menjadi pilihan utama untuk membawa pulang trofi Final ini buat kali pertamanya ke tanah air.

Wakil negara Malaysia:

  • Ahmad Yazid
  • Tengku Erwan Martino
  • Mohd Hafeez
  • Mohd Fauzi

HomeJerseyPoster

Sebagai media rasmi kepada pasukan PES negara ke Hanoi ini, kami di JomGaming serta mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan para pemain negara. Ayuh tunjukkan kekuatan sebenar kita! Malaysia Boleh!

JomBaca: PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

XCOM 2: Minat Fire Emblem Fates? Jom Try Mod Ni!

Titanfall 2: Mengganggu Emosi Dengan Teaser Trailer Mereka!