in , ,

PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!

Kehangatan tournament PES terbesar Asia Tenggara kian terasa. Empat wakil Harimau Malaya sudah bersedia untuk mengaum!

Final PES Champions League Asia Tenggara (SEA CL) kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja. Terkini, PES League Malaysia telah mengumumkan 4 wakil tanah air yang bakal membawa nama negara ke Hanoi, Vietnam.

Hanoi_Poster

4 wakil terbaik Malaysia tersebut adalah Tengku Erwan Martino (Degasa_Erwan), Mohd Hafeez (Feezness), Mohamad Fauzi (p0j13z) dan bakal diketuai oleh Ahmad Yazid (Yazid_Dragon).

Yazid Dragon

yazid

Antara pemain bertaraf bintang di rantau, Yazid adalah seorang pemain kental yang telah menjuarai liga domestik Malaysia, sebelum menempah slot ke Hanoi. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam komuniti PES Asia Tenggara. Mewakili Malaysia secara berturut-turut dalam tournament online PES SEA CL dari musim pertama, beliau merupakan antara pemain paling senior dalam komuniti Winning Eleven/PES (WEPES) Malaysia, yang sentiasa aktif dan digeruni dalam arena PES lebih dari 10 tahun.

Antara pencapaian peribadi yang pernah dirangkulnya adalah memenangi beberapa tournament PES yang besar dan berprestij di Malaysia, termasuk tournament PES terbuka Malaysia yang dianjurkan oleh Celcom & KOSMO! Merupakan ahli kepada clan Kickers, satu clan yang “bermusuh tradisi” dengan Degasa, beliau berharap akan mengharumkan nama negara di mata dunia.

Di Hanoi nanti, beliau bakal diberikan lilitan tangan, bertindak sebagai kapten pasukan negara.

Degasa Erwan

erwan

Tumpuan pastinya harus diberikan kepada Erwan, yang mana beliau merupakan antara pemain PES terbaik rantau ini. Memegang takhta sebagai juara SEA CL Online untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, seterusnya menempah tempat automatik ke Hanoi, pastinya beliau adalah antara pemain yang paling digeruni pihak lawan ketika aksi Final kelak.

Memenangi liga-liga dan tournament tempatan sudah menjadi kebiasaan buat dirinya. Kini, tugasan yang dipikul oleh beliau adalah lebih berat, dengan mendukung harapan tanah air serta membawa gelaran sebagai pemain pilihan untuk memenangi tournament di Hanoi nanti.

Feezness

feez

Hafeez Shariffudin atau lebih mesra dengan panggilan Feezness, telah berkecimpung dalam arena WEPES sejak zaman PlayStation 1 lagi. Merupakan salah seorang ahli daripada clan Degasa, Hafeez juga banyak menyertai tournament WEPES offline dan online sejak tahun 2009. Antara highlight kariernya sebagai seorang pemain PES adalah apabila berjaya merangkul kejuaraan tournament Winning Eleven 2010 anjuran KOSMO, sebuah tournament yang disertai oleh 200 orang peserta.

Apabila dihubungi JomGaming, beliau berasa sangat bertuah apabila dapat mewakili pasukan Malaysia ke Hanoi, dan harapan beliau adalah untuk melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara dalam arena E-Sports.

p0j13z

pojie

Bermula dengan World Soccer Jikkyou Winning Eleven 3, Fauzi “p0j13z” Zaini boleh dianggap sebagai pemain paling veteran dalam pasukan PES Malaysia ini. Menggunakan nama “inesen” ketika itu, beliau mula dikenali dalam komuniti PES Malaysia pada tahun 2009 apabila beliau telah mengemaskini jersi-jersi kelab, formasi, nama-nama pemain untuk Winning Eleven di console PS3 dan mengedarkannya secara eksklusif dan percuma kepada peminat PES tempatan. Hasil usaha gigih beliau, peminat Winning Eleven di Malaysia dapat menikmati tahap keseronokan yang optimum apabila berpeluang untuk memainkan kelab yang diminati dengan menggunakan jersi-jersi rasmi kelab tersebut.

Setelah menamatkan pengajian di negara matahari terbit, Jepun, dan kembali ke Malaysia pada 2010, Fauzi telah bersara dari arena PES untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan kerjaya. Kini, beliau telah telah kembali ke “padang” dan menamatkan era persaraannya dan berentap semula dengan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara.

pes-selangor-pahang-kickoff

Berikut adalah butiran-butiran yang perlu anda tahu mengenai Final ini:

12745929_1673747902866554_3582598197771906386_n

  • Nama Tournament: PES SEA Champions League Final
  • Penganjur: PES League Vietnam
  • Tempat: Hanoi, Vietnam
  • Tarikh: 17 April 2016
  • Negara-negara yang terlibat: Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam
  • Jumlah pemain yang dihantar setiap negara: Empat (4) orang pemain

Apa itu PES SEA Champions League Final? Ketahui lebih lanjut mengenai tournament PES terbesar Asia Tenggara ini di sini.

Pasukan PES League Malaysia ke Hanoi ini telah ditaja oleh Adabi, OzzVampo dan Lanang, serta JomGaming.my dengan berbesar hati telah menjadi media rasmi bagi pasukan ini khususnya, dan juga media rasmi bagi komuniti PES di Malaysia amnya.

Jadi, teruskan bersama kami di JomGaming untuk mengetahui perkembangan terkini pasukan negara ini!

HomeJerseyPoster
Jersi Home pasukan negara di Hanoi.
AwayJerseyPoster
Jersi Away pasukan negara di Hanoi.

Anda ingin lebih mendekati komuniti PES Malaysia ini? Berkemungkinan anda adalah hidden gems kepada pasukan PES negara? Anda percaya bahawa anda mampu untuk mewakili negara pada tournament yang akan datang? Jom sertai komuniti ini di PES League Malaysia!

Setiap bulan, liga domestik online akan diadakan oleh PES League Malaysia. Dan dari liga domestik ini, 4 pemain akan dipilih untuk mewakili negara untuk PES SEA Champions League yang dimainkan secara online, juga diadakan pada setiap bulan oleh PES League Asia.

Semasa artikel ini ditulis, liga domestik yang diuruskan PES League Malaysia ini mempunyai 4 division, di mana setiap division mempunyai 16 pemain! Mengikut kesesuaian, tournament berformatkan “cup” akan dijalankan pada setiap minggu secara kecil-kecilan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty Tahun Ini Akan Berlatarbelakang Pertarungan Angkasa?

ROCCAT Renga: Gaming Headset Khusus Buat Genre FPS!