Siri Pro Evolution Soccer (PES) terus mengukuhkan perjanjiannya bersama Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Konami dalam satu kenyataan telah mendedahkan bahawa PES League World Tour 2018 diumumkan sebagai pertandingan esport rasmi untuk kejohanan bola sepak paling berprestij di Eropah, UEFA Champions League.

Konami telah menjalinkan kerjasama bersama UEFA sejak 2009, dan telah mengadakan pusingan akhir PES League di venue-venue perlawanan akhir UEFA Champions League sejak beberapa tahun lalu. Namun, ini adalah kali pertama ia diumumkan sebagai pertandingan esport rasmi.

“Kami teruja untuk melihat acara esport PES pada tahun ini dan peluang yang diberikan kepada gamers dan penonton bagi terus berinteraksi bersama jenama UEFA Champions League,” kata Pengarah Pemasaran Acara UEFA, Guy-Laurent Epstein.

“Saya sangat gembira untuk bekerjasama bersama UEFA untuk peluang ini yang bukan sahaja memberikan keterujaan untuk pemain yang bertanding, tetapi untuk memberikan peminat bola sepak di seluruh dunia peluang menikmati pertadingan ini dengan lebih dekat melalui acara fizikal atau siarang langsung,” kata Hideki Hayakawa, Presiden Konami.

PES League, kempen kejohanan kompetitif rasmi dari Konami, untuk musim 2018 akan bermula pada akhir tahun ini. Selain pertandingan tradisional 1v1 yang diadakan sebelum ini, mereka buat pertama kali pada tahun ini akan memperkenalkan pertandingan Co-Op 2v2.

PES 2018 kini boleh didapati di platform PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

JomBaca: Ini 9 Langkah Mudah Memasukkan Patch Jersi Dan Logo Ke Dalam PES 2018 Di PS4

JomKomen!