Menu
in , , ,

PES 2022 Mungkin Akan Menjadi Game Percuma, Konami Bawakan Perubahan Besar, Menurut Laporan

PES 2021 Season Update: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ketika mencuba New Football Game, penulis mengajukan salah satu teori mengapa Konami menggunakan nama tersebut untuk sesi percubaan beta adalah disebabkan PES 2022 akan menjadi game percuma (free-to-play).

Terkini, teori penulis itu nampaknya mungkin ada asasnya kerana satu laporan baharu dari sumber yang agak kukuh mengatakan perkara yang senada.

Salah seorang wartawan di VGC, Andy Robinson mengatakan bahawa Konami akan membawakan perubahan besar kepada francais Pro Evolution Soccer (PES), antaranya adalah untuk bertukar kepada model bisnes game percuma.

“Konami sedang berkelip untuk hidup,” kata Robinson. “Akan ada perkara baharu dengan PES tahun ini, saya dengar, di mana mereka akan bertukar ke game percuma yang sebetulnya dan benar-benar mengubahnya. Kamu akan saksikan beberapa perkara dengan demo teknologi yang mereka masukkan dalam PS5.”

Daripada kenyataan ini, masih tidak jelas apakah sebenarnya perancangan Konami untuk francais bola sepak mereka ini. Tentunya mereka pernah mengeluarkan versi percuma untuk PES dalam beberapa siri sebelum ini, digelar PES Lite — di mana mereka menampilkan beberapa mode online yang ringkas serta kandungan yang sangat sedikit.

Model bisnes PES Lite itu masih tidak mengetepikan game penuh PES seperti biasa. Namun, apabila laporan ini mengatakan Konami benar-benar akan mengubahnya serta beralih ke ‘game percuma sebetulnya’, ia menimbulkan satu tanda tanya baharu apakah bakal terjadi kepada siri game ini.

Apakah Konami akan beralih sepenuhnya kepada game percuma dalam PES 2022 lalu meninggalkan game berbayar yang selama ini menjadi model bisnes PES sejak azali?

Semuanya bakal terjawab pada 21 Julai ini apabila Konami akan mendedahkan sesuatu mengenai PES. Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version