in , ,

HuhuHuhu

PES 2022: Beta Online Dah Boleh Muat-Turun Sekarang, Ini Caranya – Konami Mungkin Guna Nama Baru Untuk PES?

Tanpa sebarang pengumuman rasmi, Konami nampaknya secara senyap telah melancarkan sesi percubaan beta yang akan memfokuskan kepada prestasi perlawanan online.

Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di PlayStation Store dan Xbox Store.

Apa yang lebih aneh tentang pelancaran sesi beta ini adalah Konami tidak menggunakan judul ‘eFootball’ atau ‘PES’, sebaliknya hanya menggunakan nama yang begitu generik, iaitu ‘New Football Game’.

Ramai yang sudah mula berspekulasi bahawa Konami sekali lagi akan menukar judul rasmi untuk game bola sepak mereka pada tahun ini. Ramai menganggap bahawa disebabkan mereka belum bersedia untuk mendedahkan judul baharu itu, namun sesi prestasi perlawanan online perlu dijalankan segera, maka mereka hanya menggunakan nama yang generik untuk sesi ini.

Untuk pemain PS5, korang boleh muat-turun versi beta ini di sini, manakala pemain PS4 pula di sini. Ataupun korang boleh saja cari ‘New Football Game’ di PlayStation Store.

Pemain Xbox pula boleh muat turun di sini.

Ketika artikel ini ditulis, carian kami di Steam tidak menunjukkan sebarang petanda versi beta ini akan dilancarkan ke platform tersebut.

Harus diingat, versi beta ini hanya boleh dimainkan secara online, atau dalam kata lain, tiada sebarang perlawanan yang boleh dimainkan secara offline.

Nantikan pandang pertama kami tentang versi beta ini selepas kami mencubanya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Beberapa Butiran Awal FIFA 22 Tertiris, EA Tarik Balik Sesi Beta Tertutup

Kemaskini Baharu Ghost of Tsushima Pada 16 Oktober - Co-Op, New Game+ Dan Banyak Lagi

Sekuel Mini Ghost of Tsushima, Ghost of Ikishima Dilaporkan Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi