Setiap kali memasuki musim bola sepak baharu, kita pasti akan disajikan dengan pertempuran tradisi antara dua game bola sepak paling popular di dunia — iaitu siri PES dan FIFA.

Perseturuan antara EA Sports dan Konami ini cukup menarik pada tahun ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, Konami menandatangani satu perjanjian eksklusif, membuatkan EA Sports tidak dibenarkan menggunakan nama rasmi kelab tersebut dalam game FIFA mereka.

Konami telah menjalin kerjasama bersama Juventus untuk menampilkan kelab paling berjaya di Itali itu secara eksklusif dalam PES 2020. Apakah kesannya kepada FIFA 20? Mereka terpaksa menukarkan nama kelab Juventus kepada Piemonte Calcio.

Kini, channel Youtube ZAN OMG telah memuatnaik satu video menarik, membandingkan grafik wajah pemain-pemain dari Juventus (PES 2020) dengan Piemonte Calcio (FIFA 20). Jom kita tengok game mana yang kelihatan lebih realistik.

JomBaca: Suka Duka Demo: eFootball PES 2020 – Jatuh Cinta Dengan Sudut Kamera Serba Baharu

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!