Korang mungkin jarang menggunakannya, tapi dalam siri game FIFA, ada beberapa pasukan kebangsaan wanita yang boleh dimainkan.

EA Sports pertama kali menampilkan pasukan bola sepak kebangsaan wanita dalam FIFA 16. Dan selepas empat tahun ditampilkan, serta kehangatan Piala Dunia Wanita 2019 yang masih lagi terasa, persoalan ini diajukan kepada Konami pula.

Ketika bercakap kepada Gamespot, pengurus jenama Eropah PES, Lennart Bobzien berkata bahawa pihak Konami masih tiada perancangan untuk bawakan pasukan wanita ke dalam siri PES.

“Secara peribadi, saya sokong perlawanan wanita dan juga mengikuti Piala Dunia itu dengan dekat, walau bagaimanapun, pada ketika ini, kami tiada perancangan untuk memasukkan wanita ke dalam eFootball PES 2020,” ujar Bobzien.

Semestinya, Konami tidak dibenarkan untuk menampilkan pertandingan Piala Dunia Wanita FIFA kerana EA Sports memegang segala lesen eksklusif untuk apa-apa jenama FIFA. Namun, mungkin Konami boleh bawakan pasukan wanita sebagai kelab-kelab yang memiliki lesen tidak rasmi seperti mana yang mereka sentiasa lakukan?

Apa pandangan korang pula? Perlukah Konami menampilkan pasukan bola sepak wanita ke dalam siri PES?

Versi demo eFootball PES 2020 akan dilkeluarkan pada 30 Julai 2019.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!