Semalam telah berlangsungnya kelayakan peringkat Malaysia untuk Piala Presiden Esports 2020 yang bakal diadakan di Indonesia pada Februari 2020.
32 pemain tempatan telah layak ke peringkat akhir ini, dan setelah seharian berentap dalam PES 2020, Norhaikal Md Noh dan Muhammad Syah Ali telah dinobatkan sebagai dua wakil Malaysia, sekaligus ditaja penuh untuk ke acara di negara seberang itu nanti.
Korang boleh saksikan siaran ulangan kelayakan peringkat Malaysia yang berlangsung semalam melalui video di bawah:
Acara Grand Final Piala Presiden Esports 2020 bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1 dan 2 Februari 2020. Pasukan negara Asia Tenggara lain yang turut akan berentap dalam acara ini ialah Thailand, Vietnam, Myanmar dan tentunya tuan rumah, Indonesia.
Apa yang menarik tentang Grand Finale Piala Presiden Esports 2020 ini? Juara akan membawa pulang wang tunai USD7,000 (~RM29,210)!
Tahniah kami ucapkan kepada Norhaikal dan Syah! Semoga membawa berita gembira dari tanah seberang untuk nama negara!
You can browse the twitter account for free trainings on cyber security