PES Mobile Akan Mendapat Kemaskini eFootball PES 2020 Pada Oktober Kelak

Konami telah mengumumkan bahawa game bola sepak versi mobile mereka, PES 2020 Mobile telah mencatatkan muat-turun sebanyak 300 juta.

Bagi meraikan kejayaan 300 juta muat-turun ini, selari dengan ulangtahun ke-25 francais PES, Konami akan mengadakan beberapa acara dalam game. Lebih menarik, acara ini bukan sahaja berlangsung dalam versi mobile, malah untuk platform PC dan konsol juga.

Dari 18 Jun hingga 1 Jun, pemain yang log masuk ke dalam mode myClub akan mendapat bonus berikut:

• Special Agents – P. DYBALA x 1 dan P. COUTINHO 1 (18 hingga 24 Jun)
• Special Agents – M. ÖZIL x 1 dan L. MESSI x 1 dan M. RASHFORD x 1 (25 Jun hingga 1 Julai)
• Iconic Moments Series Agents – JUVENTUS dan FC BAYERN MÜNCHEN (18 Jun hingga 24 Jun)
• Iconic Moments Series Agents – ARSENAL dan FC BARCELONA dan MANCHESTER UNITED (25 Jun hingga 1 Julai)

Kemudian, dari 18 Jun hingga 5 Julai, para pemain akan berpeluang untuk memperoleh ganjaran-ganjaran berikut:

• “PES Ambassador” Agent x 1 (18 Jun hingga 5 Julai) [untuk mobile sahaja]
• Dua kali ganda myClub coins, Skill Tokens dan Position Boosters dalam acara Matchday (22 Jun hingga 5 Julai)
• Dua kali ganda Special Trainers dalam Tour Events (22 Jun hingga 5 Julai)
• Dua kali ganda GP dalam Open Challenge (22 Jun hingga 5 Julai)

Jadi, apa korang tunggu lagi? Banyak acara dan ganjaran sudahpun bermula!

PES 2020 boleh dimainkan di PC, PS4, dan Xbox One. Versi mobile yang percuma pula boleh dimainkan di iOS dan Android.

JomKomen!