Setelah beberapa tahun menghilang dalam siri PES, Manchester United kini kembali dalam eFootball PES 2020.

Konami telah mengumumkan kerjasama baru bersama kelab Manchester United. Melalui kerjasama ini, Red Devil akan dtampilkan secara rasmi dalam eFootball PES 2020 selepas beberapa tahun hanya menggunakan nama ‘Man Red’.

Para pemain Man Utd akan diimbas secara 3D wajah mereka, dan stadium keramat kelab itu, Old Trafford akan kembali dengan rekaan yang lebih memukau.

Peminat tegar Man Utd serta pemain setia mode myClub, bergembiralah kerana beberapa pemain legenda kelab itu akan menyerikan lagi PES 2020. Setakat ini, dua pemain yang sudah disahkan akan tampil ialah David Beckham dan Park Ji Sung, dan beberapa pemain lagi akan diumumkan kemudian.

Selain itu, mereka turut mengumumkan yang pemain tengah Man Utd, Scott Mctominay merupakan duta terbaru PES 2020.

Versi demo eFootball PES 2020 akan dilkeluarkan pada 30 Julai 2019.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!