Jangan terlalu berharap.
Beberapa minggu lalu, Konami telah mendedahkan PES 2019 secara rasmi. Antara pembaharuan yang akan dibawakan adalah, kata mereka, lebih banyak liga berlesen.
Terbaru, mereka telah mendedahkan 7 daripada 9 liga berlesen yang akan ditampilkan ke dalam game ini nanti, iaitu:
- Russia・Russian Premier Liga
- Argentina ・Superliga Quilmes Clásica
- Denmark・Superliga
- Portugal・Liga NOS
- Switzerland・Raiffeisen Super League
- Scotland・Ladbrokes Premiership
- Belgium・Jupiler Pro League
Dua lagi liga berlesen akan diumumkan mereka kemudian.
Bagi korang yang keliru, ini adalah lesen secara penuh untuk liga-liga tersebut — dari nama liga, logo liga, dan semua kelab yang di bawah akan dibawakan secara rasmi ke dalam game.
Senarai kelab-kelab berasingan di liga-liga lain belum lagi mereka dedahkan.
Seperti jangkaan ramai, liga berlesen yang dibawakan Konami pastinya bukanlah dari liga-liga ternama. EA Sports masih lagi memegang hak untuk menggunakan liga-liga seperti Liga Perdana Inggeris dan Bundesliga Jerman.
Jadi, apa komen korang?
PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.
Comments
Loading…