in , , , ,

PES 2019 Tersalah Letak Salah, Firmino Dan Mane Di Kelab Arsenal Dan Manchester United Dalam Satu Tweet

Salah siapa sebenarnya Salah diletakkan di kelab yang salah?

Konami melalui laman Twitter rasmi PES telah berkongsi tentang info baru PES 2019. Tweet tersebut berkongsikan apakah pembaharuan yang akan dibawakan mereka dalam mode Master League.

Apa yang kelakar tentang tweet ini ialah mereka meletakkan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane di kelab yang salah.

Mereka memperlihatkan skrin terbaru Master League yang memaparkan kedudukan liga pada ketika itu yang dimenangi oleh Liverpool dengan 111 mata, diikuti Arsenal dengan 84 mata. Di sebelahnya, mereka memaparkan kedudukan penjaring terbanyak — yang mana memaparkan Salah bermain di Arsenal, Firmino bermain di Man Red (nama tidak rasmi untuk Manchester United), dan Mane juga bermain di Man Red.

Via NEST Gaming.

Memang para peminat marahlah. Masuk pula ke kelab musuh tradisi Liverpool.

Walau bagaimanapun, Konami telah memadamkan tweet yang tersilap itu dan menggantikannya dengan pembetulan, serta memohon maaf terhadap kekeliruan tersebut.

PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Terima kasih, NEST Gaming.

JomBaca: Liverpool FC Lancarkan Jersi Ketiga Untuk Musim 2018/19 Melalui Video Dari PES 2019


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemilik League of Legends Berjaya Saman Pembangun Mobile Legends, Diminta Bayar RM11.77 Juta

Fortnite: Save the World Kini Juga Telah Dilancarkan Di PlayStation Store Asia (R3), Ada Diskaun 50%