in , , , , ,

PES 2019: Tarikh Keluar Versi Demo Diumumkan, Turut Bawakan Perlawanan Online Dan Offline

Dua minggu saja lagi!

Konami baru sahaja mengumumkan segala info yang kita ingin tahu tentang versi demo PES 2019.

Versi demo PES 2019 akan dikeluarkan pada 8 Ogos 2018. Demo kali ini akan memberikan pemain untuk mencuba 12 pasukan, iaitu FC Barcelona, FC Schalke 04, Liverpool FC, Inter Milan, AC Milan, Monaco, Sao Paulo, Flamengo, Palmeiras, Colo-Colo, serta dua pasukan kebangsaan, iaitu Argentina dan Perancis.

Selain mode Exhibition (offiline) yang biasa ditawarkan dalam versi demo, tahun ini, Konami turut memberikan pemain untuk mencuba Online Quick Match dalam versi demo kali ini.

Korang boleh saksikan trailer demo PES 2019 yang penuh rancak ini di bawah:

Di samping trailer di atas, Konami turut mengeluarkan trailer khas untuk myClub, menjelaskan beberapa pembaharuan yang akan ditampilkan ke dalam versi penuh game ini nanti. Korang boleh layan di bawah:

PES 2019 akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.

JomBaca: PES 2019 Tersalah Letak Salah, Firmino Dan Mane Di Kelab Arsenal Dan Manchester United Dalam Satu Tweet


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

9 Kisah Benar Korang Patut Tahu Tentang Filem Street Fighter!

Mary Jane Dalam Spider-Man PS4 Akan Dibintangi Pelakon Suara Dari Uncharted, Final Fantasy