Ronaldo di mana-mana.
Cristiano Ronaldo pada ketika ini sememangnya menjadi bualan seluruh peminat bola sepak dunia. Selepas mengecapi trofi kelima peribadi UEFA Champions League, wajah digital Ronaldo sebelum ini telah diperlihatkan yang berkemungkinan besar diimbas untuk visual dalam PES 2019.
FIFA 19 pastinya tidak mahu kalah. EA Sports pula malam tadi telah mengumumkan bahawa Cristiano Ronaldo sekali lagi bakal menghiasi muka hadapan FIFA 19, selepas pemain asal Portugal itu buat pertama kalinya tampil di muka hadapan siri game ini dalam FIFA 18.
Dalam pengumuman yang dibuat, EA Sports telah mengumumkan FIFA 19 buat kali pertama, dan mengingatkan bahawa game ini akan diperlihatkan dengan lebih lanjut semasa acara EA Play yang akan berlangsung pada Ahad ini, 2 pagi (waktu Malaysia). Semua info untuk livestream korang boleh dapatkan di sini.
Be the first to see the #FIFA19 reveal. Set a reminder and tune in on June 9th 👉 https://t.co/sERArjXuuo pic.twitter.com/vZwO2ppPls
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) June 7, 2018
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…