in , , , ,

PES 2019 Lite Dilancarkan, Versi Percuma Yang Turut Ada Mode myClub Dan PES LEAGUE

Menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu, Konami telah melancarkan versi percuma untuk PES 2019 yang boleh dimainkan di platform PC, PS4 dan Xbox One.

Digelar sebagai PES 2019 Lite, versi ini akan mempunyai beberapa mode yang terhad, semestinya berbeza daripada versi game penuhnya. Antara mode yang boleh dimainkan adalah seperti berikut:

Offline

  • Exhibition Match (beberapa kelab sahaja yang disediakan)
  • Training Mode

Online

  • myClub
  • PES LEAGUE

Semestinya dua mode online yang disediakan, iaitu myClub dan PES LEAGUE merupakan pengalaman yang sama seperti mana yang ada dalam game penuh. Korang boleh bina pasukan impian korang dalam mode myClub; dan berentap dengan pemain-pemain handalan dalam mode kompetitif PES LEAGUE.

PES 2019 Lite boleh korang download secara percuma di PlayStation Store, Xbox Store dan Steam.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Game Awards 2018 Berjaya Menarik Penonton Yang Ramai Setanding Anugerah The Oscars

Sony: Gamers Kitorang Inginkan Game-Game Single-Player!