Satu lagi acara penting pada hari Rabu ini.
9 Mei ini bukan sahaja hari yang amat penting untuk rakyat Malaysia, malah untuk peminat tegar siri Pro Evolution Soccer juga.
Konami telah mengumumkan bahawa pendedahan penuh PES 2019 akan diadakan pada hari Rabu ini. Apa yang akan didedahkan? Kita tunggu sahaja pada hari lusa.
Anyone notice something during the big match? 👀😉 #PES2019 pic.twitter.com/GYbV87OBYe
— eFootball PES (@officialpes) May 6, 2018
Konami pada tahun ini nampaknya lebih ke hadapan dalam memperkenalkan PES 2019 kepada para pemain. Kebiasaannya mereka akan lebih fokus memperlihatkan siri PES baru semasa acara Gamescom yang berlangsung pada bulan Ogos. Tahun ini, kelihatan mereka lebih awal, iaitu sebelum acara E3 pada Jun ini lagi.
Kira-kira dua minggu lalu, telah tertirisnya beberapa info tentang PES 2019 dalam PlayStation Store Hong Kong, yang mendedahkan screenshots dan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan.
Jadi, peminat setia PES semua, apa yang korang harapkan daripada pendedahan ini? Kongsikan dengan semua dalam ruangan komen di bawah.
Comments
Loading…