Liga Super Malaysia 2018 dalam PES 2018!

Saban tahun, JomGaming akan mencuba patch untuk PES yang diusahakan oleh PESCILOXdesign – seorang pereka berbakat yang menyediakan patch PES bagi platform PlayStation 4, atau lebih dikenali dengan nama
Allazzri Sowadi.

Dan semestinya tahun ini, bermulanya musim bola sepak tempatan yang baru, beliau telahpun menyiapkan patch Liga Malaysia ini, serta kami juga tidak ketinggalan untuk mencubanya sekali lagi.

Dalam artikel kali ini, kami tidak mahu bercakap panjang. Mengapa? Sebab dari patch musim 2015, musim 2016, musim 2016 di PC, dan musim 2017 – patch terbaru untuk musim 2018 ini adalah yang terbaik.

Mungkin kandungan yang diberikan tidaklah sebanyak patch yang mereka keluarkan pada tahun lalu, yang mana turut menampilkan sekali beberapa pasukan kebangsaan di Asia Tenggara. Namun, dengan skop kerja yang lebih kecil, iaitu hanya fokus kepada 12 pasukan Liga Super Malaysia dan 8 pasukan Liga Perdana Malaysia, kualiti yang dibawakan adalah yang terbaik setakat ini.

Jangan bimbang sekiranya korang takut apabila kami kata “kandungan yang tidak sebanyak patch tahun lalu” kerana kesemua 20 pasukan ini lengkap dengan logo pasukan, jersi home dan away (ada beberapa pasukan yang mempunyai kit ketiga), senarai pemain dalam skuad serta wajah pemain!

Bercakap tentang wajah pemain, ya benar ia tidaklah sekemas seperti yang dibawakan Konami sendiri untuk pemain-pemain asal dalam PES 2018, tetapi patch ini menampilkan wajah peman tempatan yang boleh dikatakan agak baik. Jauh lebih baik daripada apa yang mereka sediakan dalam patch pada tahun lalu.

Kata Allazzri, yang lebih mesra dengan panggilan Cilox, sesetengah wajah pemain dibikin secara manual, manakala sebahagian lain hanya mengambil wajah daripada pemain sedia ada dalam PES 2018 yang ada iras-iras dengan pemain tersebut.

Selain itu, walaupun PES 2018 tidak membenarkan editor untuk mencipta atau mengubah bentuk dalam stadium, kita sebenarnya boleh menukar nama stadium serta thumbnail untuk stadium sesuatu pasukan. Ini juga ditambah ke dalam patch ini, yang walaupun ia tidaklah cukup real, tetapi satu small detail yang boleh dialu-alukan.

Nama dan logo untuk Liga Super Malaysia 2018 juga disediakan sekali dalam patch ini. “unifi Liga Super Malaysia” dalam PES, ya memang sejuk mata memandang.

Legenda Malaysia VS Pasukan Kebangsaan Kini

Nakkan lebih kejutan? Ya, ada.

Patch ini turut menghadiahkan korang dengan satu pasukan yang membariskan pemain-pemain legenda Malaysia (siap dengan kit era 80-an) dan satu lagi pasukan kebangsaan negara. Jadi, impian korang untuk menyaksikan pasukan legenda menentang pasukan kebangsaaan kini akan menjadi realiti.

Inilah masanya untuk saksikan Hazwan Bakri vs Soh Chih Aun, Safiq Rahim vs Azizul Abu Hanifah, Mokhtar Dahari vs Fadhli Shas dan banyak lagi!

Tempoh Disiapkan

Lebih menarik, patch ini juga dapat disiapkan dalam tempoh yang agak cepat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ketika dihubungi JomGaming, Allazzri Sowadi berkata:

“Dengan bantuan rakan saya Shahid Sahri, saya dapat siapkan patch ini dalam masa yang singkat. Jika tidak, ia akan mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 bulan.”

Macam Mana Nak Dapatkan Patch Ini?

Mudah sahaja nak dapatkan patch yang sangat berkualiti ini. Korang pergilah ke laman Facebook MSL Patch PESCILOXdesign, dan PM-lah di sana. Beliau akan bantu korang dari A sampai Z bagaimana untuk install patch ke dalam PES 2018 di PS4 korang.

Harganya Berapa?

Korang boleh dapatkan patch yang cukup menarik ini dengan harga hanya RM50. Mahal korang kata? Bagi kami tidak.

Dengan hasil karya yang sungguh berkualiti ini, serta tenaga dan masa yang dicurahkan untuk menghasilkannya, harga ini amatlah berbaloi dan berpatutan.

Marilah kita sama-sama menyokong hasil usaha pereka tempatan, sambil menikmati kandungan yang memukau. Selamat mencuba!

3 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.