Satu pendekatan yang lebih agresif digunakan oleh Konami dalam membawakan yang terbaik untuk PES 2017.

pes 2017

Beberapa minggu lalu, Konami telah mengumumkan kerjasama premium PES 2017 bersama FC Barcelona. Terkini, Konami telah umumkan bahawa ia bukanlah satu-satunya kelab yang akan bekerjasama bersama mereka.

Dalam temu ramah bersama Gamereactor, pengurus jenama, Adam Bhatti telah mendedahkan bahawa lebih banyak kelab akan menyertai FC Barcelona dalam menjalin kerjasama bersama Konami untuk mendapatkan lesen.

“Jadi, ini merupakan perjalanan terbaru untuk kami. Perkara pertama yang kami lakukan adalah kami mahu bekerjasama dengan kelab yang selari dengan etika kami, apa makna mereka kepada negara, kepada bandar mereka. Dan apabila kamu melihat kerjasama bersama kelab lain, kamu akan nampak apakah strategi kami. Ia bukanlah strategi yang “sekali jalan”. Ia tidak bermakna jika kamu tidak menyokong Barcelona, kami tidak fikirkan tentang kamu. Ia bukan begitu, ia adalah strategi di mana kami akan menandatangani dengan lebih banyak kelab lain,” kata Bhatti.

“Ini bukan satu-satunya. Menjelang Gamescom, kamu akan dapat lihat, ia adalah yang pertama untuk banyak lagi yang akan datang.”

PES2017-E3-Pass-719x404

PES 2017 akan dilancarkan pada 13 September 2016 di PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

JomBaca: Saksikan Gameplay Penuh PES 2017 Buat Kali Pertama!

JomKomen!