Musim pertama Champions League Asia Tenggara (SEA CL) PES 2016 telah berjaya dimenangi oleh wakil dari Malaysia, Erwan Degasa dengan menumpaskan wakil dari Indonesia, Muhammad Zacky Asy’ari dengan keputusan 3-1.
Erwan Degasa yang juga merupakan juara DBKL KUL Games PES 2016 Championship pada minggu lalu, terus mengekalkan rekod cemerlang beliau di online tournament antara negara-negara Asia Tenggara ini.
Jom tengok aksi final hebat mereka berdua ini, yang dimuat-naik oleh Muhammad Zacky Asy’ari sendiri.
https://www.youtube.com/watch?v=95sC__JTia0
Jaringan di separuh masa pertama terikat 1-1. Jom sambung tengok separuh masa kedua pula!
https://www.youtube.com/watch?v=JKLEfjPRT98
Musim kedua SEA CL ini dijangka akan bermula awal bulan hadapan (Disember 2015) dengan wakil-wakil dari negara lain seperti Thailand dan Vietnam akan turut serta. Korang boleh dapatkan maklumat terkini mengenai tounament ini di Facebook PES League Asia.
Comments
Loading…